Tuesday 15 December 2015

PR1MA Rumah Mampu Milik VS Rumah Mampu Tengok



Sudah elok-elok diletakkan paras maksimum untuk tawaran harga rumah mampu milik di bawah RM220,000 pada mula-mula dibuka projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PRIMA). 

Tidak semena-mena Najib Razak mengumumkan kenaikan paras maksium harga rumah PR1MA kepada RM400,000 

Termenung seketika Berita Semasa mendengarkan pengumuman tersebut. 

Nah…kegusaran Berita Semasa tidak keseorangan apabila selepas 3 tahun kemudian, ada perwakilan daripada Puteri UMNO yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 mendesak supaya harga rumah mampu milik bagi rumah PRIMA dilakukan semakan semula. 

Mereka merasakan rumah PRIMA bukanlah rumah mampu milik. Tetapi rumah mampu tengok sahaja. Tiada banyak perbezaan luar biasa dengan projek perumahan di luar sana. 

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015, perwakilan memberikan butiran seperti di bawah melihatkan tawaran rumah PR1MA yang ada sekarang ini :

Tuntutan Perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2015 : Isu Rumah Pr1ma?

  • Gaji dan pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan
  • Bayar antara RM1,000 hingga Rm1,200 sebulan untuk bayaran bulanan pinjaman rumah
  • Belanja keluarga, pinjaman lain, kos sara hidup lain lagi
  • Berapa yang boleh mereka menyimpan?
Hakikatnya, ramai yang mula sedar terdapat projek-projek PR1MA dengan projek syarikat pemaju lain tidak jauh beza, malahan kualiti, kemudahan dan pakej harga yang ditawarkan di luar lebih baik daripada rumah PR1MA. Contohnya…. 

Projek Alam damai PR1MA VS Alam Damai Sentral

P/S : Berita Semasa sendiri hari ini menganggap meletakkan rumah mampu milik lebih daripada RM250,000 adalah tidak mampu milik. Diharap pihak PR1MA Malaysia menawarkan unit-unit rumah atas nama PR1MA adalah benar-benar rumah mampu milik. 

sumber : beritasemasa.com.my/


No comments: