TIGA
penjenayah memotong pintu besi stor sebelum menebuk dinding bilik simpanan wang
pasar raya Mydin, Seremban dan melarikan wang tunai sebanyak RM250,000 semalam.
SEREMBAN – Tiga penjenayah melarikan wang tunai berjumlah RM250,000 selepas menebuk dinding bilik simpanan wang di pasar raya Mydin di Terminal 2, Era Square di sini semalam. Kejadian yang berlaku pada pukul 1.30 pagi itu bagaimanapun hanya disedari enam jam kemudian oleh seorang pengurus operasi pasar raya berkenaan yang tiba di lokasi tersebut untuk memulakan kerja.
Lelaki itu kemudian menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan mendapati suspek memotong pintu besi stor di pasar raya itu dengan pemotong besi sebelum menebuk dinding bilik simpanan wang.
No comments:
Post a Comment