Monday 14 December 2015

“Terbang” Lagi Jimat Dari Naik ERL - Tony Fernandes



PETALING JAYA, 14 Dis: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kini adalah lebih murah untuk 'terbang' berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) berikutan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam tersebut.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekarang," tweet beliau pada Isnin sebagaimana memetik laporan mStar Online.

Menurut Fernandes, pihaknya menjadi tidak 'popular' kerana sering menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisyen dalam mengurangkan beban orang awam.

sumber - Siakapkeli.my

No comments: