Tuesday, 15 December 2015

Malaysia terselamat banjir ekstrem


SEKADAR KENANGAN... kejadian banjir buruk terutamanya di Pantai Timur diramalkan tidak berulang pada tahun ini ekoran fenomena El Nino yang meningkatkan suhu dan mengurangkan jumlah taburan hujan.

KUALA LUMPUR – Fenomena El Nino yang membawa maksud ‘Budak Lelaki Kecil’ yang melanda negara sejak April lepas berjaya menyelamatkan Malaysia terutamanya negeri-negeri Pantai Timur daripada mengalami banjir ekstrem, tidak se­perti apa yang terjadi pada tahun lalu. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail (gambar kecil) berkata, keadaan ‘kering’ Pantai Timur sudah dijangka ekoran fenomena El Nino kuat yang meningkatkan suhu dan mengurangkan jumlah taburan hujan. 

“Kita sudah menjangka keadaan banjir pada tahun ini tidak ekstrem seperti tahun lalu kerana fenomena El Nino yang kuat boleh meningkatkan suhu antara 0.5 hingga 2 darjah Celsius.

“Disebabkan fenomena itu juga, pada tahun ini kita meramalkan hanya tiga luruan monsun (angin sejuk) akan datang dan sehingga kini kita sudah mengalami sekali sahaja iaitu pada bulan lalu. 

“Dijangkakan satu lagi luruan angin sejuk akan datang dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

sumber : kosmo.com.my/


No comments: