Thursday, 17 December 2015

Fresh Graduate Tuntut Gaji Permulaan RM6,500 Sebulan? Lebih 400,000 Graduan Sedang Cari Kerja Hari Ini!


Kita tidak menolak realitinya hari ini kadar pengangguran di Malaysia terutamanya dikalangan “fresh graduate” sangat-sangat tinggi. 

Sehingga ke hari ini, lebih 400,000 sedang terkapai-kapai dan teraba-raba peluang kerja di Malaysia berbekal sekeping sijil dan kelulusan yang mereka perolehi di dalam pusat pengajian tinggi. 

Berita Semasa tertarik dengan satu laporan berita yang dikeluarkan Jobstreet apabila mereka mengatakan punca sebenar kadar pengangguran fresh graduate antara lainnya ialah :
  1. penguasaan bahasa Inggeris yang lemah (tinjauan Jobstreet mendapati 64 peratus)
  2. permintaan gaji yang tidak munasabah (tinjauan Jobstreet mendapati 68 peratus)
  3. cerewet dengan kerja mereka, selain komunikasi yang lemah (tinjauan Jobstreet mendapati 60 peratus)
Malah mengejutkan Berita Semasa apabila Jobstreet mendedahkan tinjauan terbaru mereka apabila mendapati :
  • 60 peratus fresh graduate minta gaji RM3,500 pekerjaan pertama mereka
    Manakala 30 peratus lagi mahukan mereka dibayar gaji permulaan setinggi RM6,500 sebulan
Sedangkan realiti hari ini, fresh graduate atau kalangan graduan yang masih baru hanya menerima gaji antara RM2,100 hingga RM2,500 

Bagi Berita Semasa kepada yang sedang cari kerja hari ini, ukurlah baju di badan sendiri. Bersyukurlah dalam keadaan ekonomi hari ini, anda diterima kerja. Ada kalangan fresh graduate dari luar negara pun dengan ACCA atau CIMA atau lain-lain kelulusan porfesional pun hanya dapat gaji permulaan sekitar RM3,000 sahaja. 

Ini tidak minta sehingga RM6,500. Nasihat Berita Semasa, belajar hidup susah. Hidup ini bukan ibarat syurga seperti dalam drama Melayu hari ini termasuklah Drama Tuan Anas Mikail. Jangan memilih kerja, cari pengalaman seberapa banyak yang boleh dengan gaji permulaan yang munasabah. Mahu minta naik gaji dikemudian hari, terpulang.

Realiti Gaji Fresh Graduate di Malaysia?

  • gaji fresh graduate O&G untuk permulaan (bukan offshore) pun RM4,000
  • Jikalau bekerja di Schlumberger boleh dapat gaji seperti itu disebabkan ada yang menerima bayaran dalam matawang USD.
  • Itupun syarikat berkaitan minyak dan lain-lain industri sedang bergoncang ketika ini.
P/S : Majikan dan syarikat tidak memandang dengan masalah kos sara hidup anda, tetapi majikan memandang dengan kemampuan anda menyumbang kepada syarikat selari dengan tangga gaji yang ada hari ini dibandingkan syarikat-syarikat lain. Jadi berpijak pada bunyi yang nyata, usah minta yang bukan-bukan. 

sumber : beritasemasa.com.my/ 


No comments: