Monday, 23 May 2016

Bunyi Penggera Takutkan Perompak

MOHD. ZAMRI (tengah) menunjukkan cubaan merompak mesin ATM dan mesin CDM milik Agrobank di Kuala Besut, Besut semalam.

BESUT – Niat seorang perompak untuk melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di Agrobank di Kuala Besut dekat sini tidak menjadi apabila dia terpaksa melarikan diri kerana panik selepas mendengar alat penggera berbunyi.

Friday, 20 May 2016

2 Beranak Bawa Duit RM2.4 juta


KANGAR – Dua beranak yang mendakwa sebagai ahli perniagaan diberkas bersama wang tunai berjumlah RM2.4 juta yang dibawa menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 di Kilometer 24, Jalan Ulu Pauh-Padang Besar dekat sini kelmarin.

Kesemua wang kertas not RM50 sebanyak 48,000 keping itu ditemui di dalam dua buah kotak yang diletakkan di belakang Audi Q7 tersebut. Salah satu kotak itu ialah kotak kopi segera jenama Ben Cafe manakala kotak kedua ialah kotak Gold Roast.

Thursday, 19 May 2016

Kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 1 Jun

- Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya akan dilaksanakan di 18 buah plaza tol bagi enam lebuh raya bermula dari jam 12 tengah hari 1 Jun ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, Sazally Saidi berkata, pelaksanaan itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol di negara ini.

Wednesday, 18 May 2016

Pegawai kanan Perbadanan Putrajaya ditahan


SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan dari Perbadanan Putrajaya ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai meminta dan menerima suapan hampir RM13,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga dari syarikat kontraktor.

Sumber berkata, pegawai berkenaan berusia lingkungan 40an ditahan di sebuah restoran kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penangkapan  terbabit.

Tuesday, 17 May 2016

SUBHANALLAH , Janin Berusia 15 minggu Berjaya Di Hidupkan Kembali (5 GAMBAR)


Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah kaki dari janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 minggu. Janin kecil dan merah itu mempunyai berat 10 ons dengan panjang 10,2 inchi, janin itu kemudian diberi nama Kimberly Mueller.


Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya hanya beberapa saat saja setelah dilahirkan sebelum akhirnya dibawa pergi oleh para ahli yang bekerja keras untuk menyelamatkannya. Ayahnya hanya sempat membisikkan ke telinga si janin “Kimberly, you can do it baby ” Harapan hidupnya cuma 1 / 1000.


Bahkan Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus mengalami liku-liku hidupnya dengan penuh perjuangan.


ALHAMDULILLAH ,Setelah 6 bulan perjuangan, si janin untuk hidup,kini si janin sudah boleh disebut bayi… Jika Tuhan punya kehendak, maka segalanya akan sangat mudah bagi-Nya !!!

sumber : tokeinfo.com/

Monday, 16 May 2016

Gaji minimum: Tiada Majikan Terkecuali


MARAN - Tiada majikan yang dikecualikan daripada membayar gaji minimum kepada pekerja mereka setelah pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) berkuat kuasa 1 Julai nanti.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, bagi tujuan itu kerajaan sudah melaksanakan beberapa siri penerangan seperti bengkel untuk memberi penjelasan terperinci mengenai perkara itu kepada majikan dan pekerja.

"Penerangan kepada pihak terbabit di Sabah dan Sarawak sudah pun selesai minggu lalu, manakala di Semenanjung usaha penerangan sedang berjalan dan dijangka tamat pada pertengahan bulan depan," katanya kepada pemberita selepas menutup Pesta Air Chenor 2016 di Jeti Chenor Lama di sini, hari ini.

Ismail berkata, sehubungan itu diharapkan sebanyak 700,000 majikan dan syarikat yang berdaftar dengan kementeriannya dapat melaksanakan bayaran gaji minimum RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.

“Kegagalan majikan melaksanakan bayaran gaji minimum kepada para pekerja boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tegas," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan perintah gaji minimum itu disemak setiap dua tahun sekali oleh Jawatankuasa Penyelarasan Gaji Negara terdiri daripada majikan, pekerja, wakil bank dunia dan kementerian. - Bernama

Sunday, 15 May 2016

"Save Money And NEVER Buy A New Battery Again"


Think your batteries are dead for good? Here's a secret method on how to recondition any battery to be like new.


sumber : ezbatteryreconditioning.com/

Saturday, 14 May 2016

Dapat pampasan RM1.6j selepas dipenjara

Chen Man

BEIJING - CHINA. Seorang lelaki China dibebaskan selepas 20 tahun dipenjara atas tuduhan membunuh dan akan mendapat lebih AS$400,000 (RM1.6 juta) pampasan.

Chen Man kini berusia awal 50an dijatuhkan hukuman gantung dan diringankan hukuman penjara seumur hidup pada November 1994 kerana membunuh di selatan Wilayah Pulau Hainan.

Selepas beberapa siri rayuan sehinggalah ke mahkamah tertinggi negara itu, Chen dibebaskan pada bulan Februari kerana kekurangan bukti.

Ini adalah salah satu kes yang menunjukkan kekurangan sistem keadilan China dimana mahkamah dikawal ketat oleh Parti Komunis yang memerintah dan pesalah dipaksa membuat pengakuan dan lebih 99 peratus defendan jenayah didapati bersalah.

Mahkamah wilayah Hainan yang mengekalkan hukuman gantung terhadap Chen pada tahun 1999 bersetuju membayar pampasan sekitar 2.75 juta yuan (RM1.6 juta) bagi kehilangan kebebasan peribadi dan penderitaan mental.

Chen menuntut lebih 9.66 juta yuan (RM5.97 juta) pampasan dan mahkamah perlu membuat permohonan maaf secara rasmi di media sosial dan tempatan.

"Saya perlu menerimanya. Kami perlu menyesal tetapi kita mengakui ia mengikut Undang-undang Pampasan Negeri," katanya memberitahu Legal Evening News. - sinarharian.com.my/

Thursday, 12 May 2016

Bocor!!!... Gambar Model Proton Perdana 2016

Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016

SEMAKIN dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor dan apa yang menariknya gambar yang dimuat naik itu sangat jelas.

Walaupun sudah banyak gambar model baharu itu tersebar, namun pihak Proton Edar masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi model tersebut.

Model Proton Perdana 2016 khabarnya didatangkan dengan dua variasi iaitu 2.0L dan 2.4L.

Buat masa ini model baharu Perdana itu masih menggunakan enjin Honda Accord manakala enjin baharu dijangka akan dipasang pada tahun hadapan.

Selain itu, menurut sebuah portal tempatan, model Perdana 2016 itu akan dijual pada harga RM100,000 hingga RM150,000.

Tambah portal itu lagi, Perdana 2016 memiliki ukuran 5,020 milimeter (mm) panjang, 1,845 mm lebar dan tinggi 1,475 mm. Manakala jarak roda pula 2,800 mm serta tangki bahan api berkapasiti 70 liter.

Selain itu, ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang.

Malah menurut pemerhatian kami semasa menghadiri majlis pra-tonton model ini, lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis light-emitting diode (LED).

Aspek keselamatan juga ditikberatkan bagi model Perdana 2016 ini, ia turut dilengkapi dengan bantuan parkir termasuk pengesanan di bahagian hadapan dan belakang serta ditampilkan juga Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) bersama Anti-lock Braking Systems (ABS) dan Electronic Brake force Distribution (EBD).

Jelas laman itu lagi, Proton turut mengesahkan, model itu tidak disertakan dengan sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua jenis model itu.

Tambahnya lagi, kemasan dalaman bagi model itu ditawarkan dengan dua warna berbeza iaitu beige untuk model 2.4L manakala hitam untuk model 2.0L.

Selain spesifikasi di atas, ia juga didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.  – mynewshub.cc/

Wednesday, 11 May 2016

GST Beri Impak Positif Kepada Hasil Negara


KANGAR - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berjaya memungut hasil cukai tidak langsung sebanyak RM27.31 bilion sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan sejak 1 April tahun lepas sehingga 8 Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jumlah menunjukkan pertambahan RM12.81 bilion berbanding kutipan dibuat mengikut sistem lama, Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST.

"Perlaksanaan GST juga memberi kesan positif terhadap hasil dan ekonomi negara selain impak terhadap fungsi jabatan," kata Khazali ketika sidang media khas sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam ke-79 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Matrang Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Datuk Abdul Rahman Othman, Timbalan Ketua Pengarah (GST) Datuk Subromaniam Tholasy dan Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Datuk Zulkifli Yahya.

Khazali berkata bagaimanapaun berkata masih terlalu awal untuk menilai sistem GST itu kerana baru setahun dilaksanakan namun sistem tersebut didapati amat positif.

"Sistem GST yang diguna pakai berjaya menstabilkan aliran ekonomi negara, belum ada tanda negatif malah pemilik perniagaan dan syarikat juga semakin memberikan kerjasama baik dalam melaksanakan GST.

Ini bermakna tahap kesedaran penggiat perniagaan termasuk orang ramai bertambah baik bermakna mereka memahami dan boleh menerima sistem tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain Khazali berkata jabatan itu menubuhkan satu skuad khas bagi menangani kegiatan tonto dan akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Katanya penubuhan skuad itu juga bertujuan menambahbaik mutu perkhidmatan dan keberkesanan penguatkuasaan Kastam khususnya dalam melaksanakan operasi-operasi tertentu.

Skuad khas terdiri daripada 30 anggota terpilih itu akan dilatih secara intensif oleh pasukan polis bermula Julai ini, kata Khazali yang menambah tumpuan utama mereka ialah Lembah Kelang dan Putrajaya.

Beliau berkata Kastam merancang mengembangkan skuad berkenaan ke negeri-negeri secara berperingkat. - Bernama / sinarharian.com.my/

Monday, 9 May 2016

Di mana silapnya hingga BN menang besar?

Grafik Sinar Online

SHAH ALAM - Persoalan siapa pilihan rakyat Sarawak akhirnya terjawab dengan 72 kerusi Dun menjadi milik BN, DAP kehilangan lima kerusi daripada 12 kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya lalu dan PKR pula tidak dapat menambah sebarang kerusi walaupun meletakkan calon dalam 40 kerusi Dun.

Pas dan Amanah pula masing-masing masih gagal menempa sebarang kerusi.

Di mana silapnya hingga pembangkang dilihat memberi laluan mudah kepada BN untuk menang bergaya di Sarawak meskipun parti kerajaan itu sedang dilanda pelbagai kontroversi dan skandal di peringkat nasional? Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir melihat kegagalan PKR dan DAP berkompromi ditambah ketamakan kuasa antara mereka menyebabkan pembangkang hilang peluang memenangi kerusi yang berpotensi.

“Contohnya di Mambong, sekiranya bilangan undi PKR dan DAP digabung, mereka hampir dapat mengalahkan BN. Satu lagi di Batu Kitang yang berpotensi untuk menang.

“Kalau mereka dapat berkompromi tempoh hari dan menggembleng segala sumber kewangan, tenaga, masa dan strategi kempen maka mereka ada peluang untuk menumbangkan calon BN di situ. Jadi, mereka telah dihukum oleh pengundi dek ketamakan mereka sendiri,” katanya.

Sebelum ini, PKR dan DAP berdegil mempertahankan keputusan masing-masing untuk meletakkan calon di enam kerusi meskipun bertindih namun keputusan semalam menunjukkan kedua-duanya berputih mata di enam kerusi tersebut.

Situasi pilihan raya kali ini perlu dijadikan iktibar oleh pembangkang demi memastikan pakatan pembangkang itu dapat diteruskan hayatnya sebagai parti alternatif kepada rakyat Malaysia.

“Pembangkang perlu bermuhasabah daripada pertelagahan ini yang tak memberi sebarang keuntungan kepada mereka malah menjejaskan kredibiliti dan imej mereka serta peluang untuk menang.

“Pengajarannya, dalam politik ego tidak boleh sentiasa ditegakkan dan mereka tidak harus menegakkan benang basah. Jadi, harus wujud kompromi, tolak ansur dan pengorbanan,” kata Dr Jeniri.

Namun di sebalik pertindihan itu, beliau melihat ada positifnya di mana jumlah undi di kawasan yang ditandingi pembangkang boleh dijadikan kayu ukur dalam pilihan raya akan datang.

“Angka undian itu boleh tentukan dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang siapa sebenarnya yang lebih layak untuk bertanding di kawasan itu. Situasi pertindihan ini tidak boleh berulang lagi,” katanya.

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menjangkakan sekiranya pembangkang bersatu dalam pilihan raya negeri kali ini, mungkin akan ada kesan kepada keputusan pengundian.

Kejayaan BN merampas lima kerusi dari tangan DAP dilihat sebagai kepercayaan pengundi Cina kini beralih kepada BN kembali.

Mungkin benar jangkaan Dr Awang yang menyifatkan DAP kekurangan modal dan isu ketika berkempen di kawasan tersebut. Jika tidak, masakan DAP gagal mempertahankan kerusi-kerusinya?

Berdasarkan kajian yang dijalankan UM juga, pengundi Cina di kawasan bandar tertarik dengan kejujuran keikhlasan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem yang menunaikan tuntutan mereka sebelum pilihan raya lagi, kata Dr Azman.

Meskipun berisiko kemungkinan tidak dipilih namun usaha Adenan berbaloi apabila pasukan Adenan mengaut 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Fuad Mat Jali pula melihat pembangkang sudah tidak mantap di Sarawak.

Namun itu bukan bermaksud kerajaan boleh menarik nafas lega kerana setiap rakyat yang menabur undi mereka untuk BN bakal menuntut segala janji-janji yang masih gagal ditunaikan BN meskipun sudah memerintah negeri itu selama 53 tahun.

Kepercayaan yang diberi kepada Ketua Menterinya, Adenan bukan saja-saja sebaliknya mereka mahukan semua yang dipilih itu terus bekerja selepas kemenangan dicapai dengan menunaikan segala janji yang ditabur sebelum pilihanraya. - sinarharian.com.my/

Sunday, 8 May 2016

Polis pandang serius anggota peras wang pelajar

Rakaman video yang memaparkan tindakan dua anggota polis memeras wang dari seorang lelaki yang didakwa sebagai pelajar sekolah.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius berhubung video yang memaparkan tindakan dua anggota polis yang dilihat memeras wang daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pelajar sekolah.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, insiden tersebut secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan.

“Polis memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden tersebut atau yang mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kita tidak mengamalkan “Blue Wall Of Silence” dan tak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau anggota,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Video berduarasi dua minit 52 saat telah mula viral di alaman sosial facebook dan telah menerima pelbagai reaksi dari masyarakat. - sinarharian.com.my/

Thursday, 5 May 2016

Kapal tenggelam 100 tahun muncul di Sungai Pahang

Kapal tenggelam 100 tahun muncul di Sungai Pahang. – Foto Sinar Harian

PEKAN - Penemuan bangkai kapal didakwa kapal dagang milik British yang timbul di Sungai  Pahang dekat Kampung Tanjung di sini  sejak sebulan lalu menarik perhatian  penduduk kampung.

Bangkai kapal itu timbul  selepas paras air di sungai itu  semakin cetek susulan cuaca panas berterusan kesan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Seorang penduduk, Ahmad Abdullah, 84,berkata,  Sungai Pahang  pernah menjadi laluan kapal dagang British sekitar awal tahun 1800-an membawa hasil dagang seperti beras, garam dan sebagainya ke Semantan, Temerloh dan Kuala Lipis.

Menurutnya, kisah kewujudan kapal itu pernah diceritakan arwah ayahnya, Abdullah Bidin, ketika dia masih kecil dan ketika itu kapal tersebut dikenali dengan panggilan kapal belangkas.

Katanya, bangkai  kapal yang timbul itu mungkin salah satu yang pernah karam sekitar tahun 1811 atau 1815.

“Kapal itu panjangnya kira-kira 100 meter dan bergerak menggunakan enjin kuasa wap,” katanya.

"Kebanyakan  penduduk mengetahui  kisah kapal dagang yang karam di Sungai Pahang namun tidak pernah melihat  sendiri keadaannya sehinggalah selepas  sungai ini surut,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad berkata, menurut cerita arwah ayahnya, orang ramai terutama budak-budak dilarang mandi atau menghampiri tapak kapal itu karam kerana paras air yang dalam berbanding bahagian lain di sepanjang sungai terbabit.

"Masa kecil dulu kami pun tidak dibenarkan menghampiri kawasan ini kerana airnya sangat dalam selain ditakutkan kononnya kawasan itu  ‘keras’.

"Ketika  musim kemarau sebelum ini pernah  ternampak tiang kapal itu timbul namun kali ini bangkai kapal itu semakin timbul dan nampak lebih jelas,”katanya. - sinarharian.com.my/

Wednesday, 4 May 2016

Rasuah: Dua pemimpin Umno berdepan hukuman penjara

Nor Azamuddin (kiri) kelihatan menuding jari ke arah pengamal media sambil memberi amaran supaya tidak merakam wajahnya. - Foto Sinar Harian

ALOR SETAR - Dua pemimpin Umno Pulau Pinang berhadapan hukuman penjara selama 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah.

Mereka adalah Bendahari Umno Bahagian Permatang Pauh, Nor Azamuddin Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Farid Idris Khan.

Masing-masing dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan semula kes selepas diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin pada 9 Mac lalu.

Nor Azamuddin yang hadir mengenakan baju kemeja bercorak petak dan Farid memakai baju kemeja berwarna kelabu kelihatan tenang ketika berada dalam kamar mahkamah.

Bagaimanapun, pengamal media yang membuat liputan kes dimarahi dan diberi amaran oleh mereka agar tidak merakam gambar ketika di luar mahkamah.

Mereka kemudian cuba menyembunyikan diri di satu sudut selama beberapa minit untuk mengelak gambar dirakam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Persiaran KTC 4/3, Kulim Techno City Golf View, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, pada 2014.

Nor Azamudin Ahmad didakwa melakukan kesalahan pertama pada 4 Mei 2014 dengan menerima suapan wang tunai RM45,000 daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sebagai dorongan mendapatkan kuota beras Standard Tempatan dengan 15 peratus hancur (ST15) sebanyak 100 tan metrik untuk perniagaan sebuah syarikat bagi bulan Mei dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Nor Azamuddin didakwa menerima rasuah masing-masing berjumlah RM45,000 daripada individu sama sebagai dorongan mendapatkan bekalan beras ST15 sebanyak 100 tan metrik pada 6 Jun dan 2 Julai 2014.

Nor Azamuddin dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Sementara itu, Farid dituduh bersubahat dengan Nor Azamuddin yang menerima suapan RM45,000 daripada individu sama pada 4 Mei 2014 sebagai upah untuk mendapatkan kuota beras ST15 sebanyak 100 tan metrik.

Farid didakwa mengulangi kesalahan itu pada 6 Jun dan 2 Julai di lokasi sama.

Kes disebut mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, masing-masing boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, A Hafizh Abu Bakar manakala kedua-duanya diwakili peguam, Ang Chun Pun.

Hakim, Zanol Rashid Hussain menetapkan 2 Jun untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. - sinarharian.com.my/

Tuesday, 3 May 2016

30,000 pekerja diberhentikan jika PGM 2016 berkuatkuasa

Shamsuddin Bardan

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa berikutan cabaran ekonomi semasa.

"Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan 'retrenchment' sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini berikutan keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Shamsuddin berkata, pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan. - Bernama/sinarharian.com.my/

Monday, 2 May 2016

Makan Ayam Terapi Al-Quran Boleh Buat Minda Lebih Tajam?

Peniaga kini memasarkan ‘ayam terapi’ yang dibacakan ayat al-Quran.

MEMANG melampau apabila ada peniaga sanggup menjaja nama agama demi mengaut keuntungan apabila menjual ayam yang dibacakan ayat-ayat al-Quran, kononnya boleh menguatkan minda individu yang memakannya.

Produk yang digelar “ayam terapi al-Quran” itu dilaporkan dijual dengan harga kira-kira RM14 untuk satu kg, dua kali ganda mahal berbanding ayam biasa RM7 per kg.

Menurut laporan sebuah akhbar, ia dijual di sekitar ibu kota, selain turut dipromosikan di media sosial dengan mendakwa ayam mereka disahkan halal, mengikut hukum syarak dan telah dibacakan al-Quran.

 

Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dilapor akhbar itu.

Ruqyah merupakan ayat al-Quran yang biasa dibacakan dalam perubatan alternatif Islam.

Peniaga ayam ‘terapi’ tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.

Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” dakwa peniaga.

Menurut laporan itu, ayam tersebut juga menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.

Selepas ayam disembelih organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, kaedah penjualan itu diputuskan sebagai salah selepas dibincangkan beberapa kali dalam siri muzakarah dan forum.

Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam.

Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” katanya. 

Larangan berkenaan penggunaan ruqyah ini turut diperjelaskan oleh Mufti perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memberitahu menjual bahan-bahan jampian tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh kerana boleh menimbulkan kekeliruan penyalahgunaan kalimah Allah untuk keuntungan duniawi. – mynewshub.cc/

Sunday, 1 May 2016

John Rambo dan rakan diburu

FOTO PDRM

Kuala Lumpur: Seorang penggali kubur bergelar John Rambo sedang diburu polis manakala rakan sejenayahnya berusia 39 tahun sudah ditahan polis pada jam 9.30 pagi tadi di kawasan kubur Jalan Kuari, Cheras berhubung kes serangan ke atas dua anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Cheras. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, John berusia 44 tahun itu dipercayai masih bersembunyi di kawasan kubur yang sama. 

Menurutnya,kedua-dua suspek diburu polis selepas terbabit dalam kejadian serangan menggunakan parang ke atas dua anggota polis ketika serbuan dijalankan ke atas sebuah stor di Jalan Kuari pada jam 6 petang semalam. 

"Suspek yang diburu itu mempunyai lima rekod kes dadah. 

" Mengenai anggota yang cedera pula, seorang daripadanya sudah dibenarkan pulang semalam, manakala seorang lagi masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. - hmetro.com.my/

Saturday, 30 April 2016

Sesi Soal Jawab Kelakar Lelaki Jumpa Beg Penuh Duit Dapat Ganjaran 5K


Tahniah di ucapkan kepada seorang insan yang bernama jolo ko mung warga kuatan yang telah mengembaikan beg yang berisi dengan sejumlah wang kepada pemiliknya.

Beliau mengatakan beg tersebut di jumpainya jatuh di jaan beserah,mungkin penunggang motorsika yang punya sebab tali beg terputus katanya.

Apapun kebaikan hati jolo ko mung mendapat pujian dan perhatian dari natizen dan lebih menarik sesi soal jawab untuk mengesahkan pemilik beg itu juga membuat natizen terhibur apabila jolo ko mung turut bersenda gurau dengan pemilik beg yang penuh dengan uang tersebut.


sumber : eberita.org/

Friday, 29 April 2016

Samsung S7 masuk Malaysia

TELEFON pintar Samsung S7 (kanan) kini berada di pasaran negara. Telefon pintar Samsung S7 edge (kiri) telah dilancarkan bulan lalu. FOTO Reuters

KUALA LUMPUR: Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran, hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.

Telefon itu yang boleh didapati di kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT, Lee Jui Siang berkata, syarikat itu menerima banyak pertanyaan tentang Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lalu.

"Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7," katanya.

Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge dengan paparan 5.5 inci.

Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge. – Bernama/hmetro.com.my/