ONG
Awang berasal dari Tumpat, Kelantan. Walaupun mempunyai nama Melayu, beliau
sebenarnya seorang Cina yang beragama Buddha. Beliau bukan sahaja mempunyai
nama Melayu, malahan mata yang tidak sepet dan warna kulit sawo matang,
menyebabkan masyarakat sering menganggap beliau sebagai Melayu.
Kawan baik beliau, seorang Siam yang beragama Buddha bernama Mahzan, juga menghadapi masalah yang sama. Mereka sering ditegur oleh ustaz yang tidak mengenali mereka kerana tidak menunaikan solat ketika bersekolah di sekolah berasrama penuh dahulu.
Baru-baru ini, satu rencana bertajuk, Uniknya Cina Peranakan Kelantan telah ditulis oleh wartawan Habsah Ismail dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2015. Cina Peranakan Kelantan ini menggunakan nama Melayu, makan berlaukkan budu, memelihara beruk, dan mengamalkan cara hidup seperti orang Melayu, termasuk berkain batik, serta fasih bertutur dalam loghat Kelantan.
Presiden Persatuan Peranakan Cina Kelantan juga mempunyai nama Melayu iaitu Law Awang. Law Awang yang berumur 65 tahun, merupakan generasi keenam Cina Peranakan di Kelantan. Maka, generasi muda di Kelantan sekarang sudah merupakan generasi ketujuh.
Satu lagi keunikan Cina Peranakan Kelantan, ialah sekalipun nama mereka Cina, jika bunyi sebutannya mirip kemelayuan, orang itu akan disapa dengan nama Melayu. Sebagai contoh, Hock San dipanggil Hassan sementara Ah Lee dipanggil Ali.
Menurut kajian penyelidik dari UiTM Perak yang dibentangkan dalam Simposium Nusantara 2012, generasi pertama orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah di Kelantan dan bukannya di Melaka. Ini kerana terdapatnya sebuah patung lama Ma Choe Bew di Tokong Sui Yek Khong di Pulai, Gua Musang.
Patung ini dikatakan berasal dari zaman Dinasti Ming yang memerintah China antara tahun 1368 sehingga 1644. Terdapat 24 tokong di Kelantan dan yang tertua berusia lebih kurang 600 tahun berada di Kampung Pulai, Gua Musang.
Tinggalan sejarah ini menjadi bukti bahawa kemasukan masyarakat Cina ke Alam Melayu sebenarnya bermula di Kelantan dan bukannya Melaka. Kedatangan masyarakat Cina ke Melaka hanya bermula pada zaman kesultanan Melayu Melaka semasa perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka pada abad ke-15.
Oleh itu, sejarah pergaulan dan hidup bermajmuk Cina Peranakan Kelantan bersama masyarakat Melayu yang beragama Islam lebih lama jika dibandingkan dengan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.
Sikap mereka yang menghormati orang Islam menyebabkan mereka diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu Kelantan dan dianggap sebagai “orang kita”, satu ungkapan yang tidak diberi kepada orang Melayu yang bukan anak Kelantan.
Masyarakat Cina Peranakan Kelantan juga sangat fasih berbahasa Kelantan. Ini menjadikan bahasa sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada perpaduan masyarakat di Kelantan kerana mereka saling memahami.
Perpaduan masyarakat Kelantan yang erat terbukti melalui peristiwa berdarah 13 Mei 1969, di mana tiada seorang pun masyarakat Cina di Kelantan diapa-apakan walaupun mereka merupakan golongan minoriti di Kelantan.
Beginilah hebatnya kesatuan dalam kalangan masyarakat Kelantan, yang mungkin serupa dengan masyarakat Sabah dan Sarawak. Malangnya, rakyat Malaysia di negeri-negeri lain kurang menunjukkan ciri-ciri sebegini.
Namun begitu, walaupun cara hidup Cina Peranakan sudah seperti orang Melayu, tidak ramai di antara mereka yang boleh menerima Islam. Salah satu sebab utama ialah istilah masuk Islam yang disamakan dengan masuk Melayu.
Mereka masih kuat mempertahankan kecinaan mereka dan masih ingin meneruskan tradisi dan budaya Cina walaupun dalam segala segi sudah seperti Melayu.
Ini lebih diburukkan lagi dengan segelintir mereka yang memeluk Islam dan terus meninggalkan kebudayaan Cina kerana menganggap ia tidak Islamik jika dibandingkan dengan budaya Melayu.
Tanggungjawab adalah pada golongan muhajirin ini, golongan yang baru memeluk Islam agar menunjukkan kepada masyarakat bahawasanya adat dan kebudayaan Cina yang tidak bercanggah dengan syariat masih boleh diteruskan. Mereka memeluk Islam, bukannya masuk Melayu. Ambo pun bukan Melayu. Ambo banggo sebagai Cino Kelate.

sumber : sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment