Wednesday, 7 October 2015

Intel Core baru 2.5 kali lebih baik

LEMON membentangkan maklumat berkaitan cip baru Intel. FOTO Afiq Hanif 

Oleh Afiq Hanif

Genting: Cip pemprosesan menyeluruh Intel Core generasi keenam dibawa masuk secara rasmi ke negara ini dalam usaha memberikan kuasa perkomputeran lebih baik bagi komputer peribadi (PC).

Pengurus Negara Intel Malaysia dan Singapura, Sumner Lemon, berkata, cip baru memberikan 2.5 kali lebih prestasi berbanding cip sebelum ini.

"Pada masa sama, sistem grafik perkomputeran ditingkatkan sehingga 30 kali lebih baik dan sesuai dalam dunia multimedia yang mencabar sekarang," katanya.

Beliau turut memaklumkan, Malaysia antara negara celik teknologi maklumat (IT) yang patut memperoleh cip baru lebih awal di rantau ini.

"Kombinasi pemprosesan baru ditambah sistem operasi seperti Windows 10 mampu mengujakan pengguna dalam masa terdekat," katanya.

Antara PC yang memakai pemprosesan baru terbabit termasuk ASUS dan Acer. 

sumber : hmetro.com.my/

No comments: