Sunday 4 October 2015

200,000 graduan di negara ini masih Menganggur.


Sebahagian daripada graduan yang hadir pada Pameran Kerjaya Berasaskan Sektor di Rompin, Pahang pada Ogos lalu. – Gambar hiasan.

IPOH – Kira-kira 200,000 graduan di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan peluang kerja yang agak terhad sejak dua tahun lalu. 

Jumlah graduan meng­anggur ini dijangka bertambah berikutan kea­daan ekonomi negara yang dilihat tidak banyak berubah sehingga awal tahun depan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan (gambar kecil) berkata, angka berkenaan akan meningkat jika dicampur dengan jumlah graduan yang bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. 

Menurut beliau, antara faktor berlakunya pengangguran termasuk langkah kerajaan mengambil pendekatan memberhentikan pengambilan pekerja pada tahun ini sekali gus menutup peluang kira-kira 13,000 hingga 15,000 pekerjaan di sektor awam. 

sumber : kosmo.com.my/

No comments: