KUALA LUMPUR: Penumpang feri Pulau Pinang hari ini dikejutkan dengan
kemunculan sebuah kapal selam tentera Australia di perairan negeri itu, pagi
tadi.
Kemunculan kapal selam HMAS Sheean itu menarik perhatian orang ramai dan banyak foto kapal itu tersebar di media sosial.
Kapal selam berkuasa diesel-elektrik itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.

Wakil tentera laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan berada di Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.
Selepas Pulau Pinang, HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah serta akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.
Difahamkan,
selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke pengkalan
laut mereka di barat Australia.
sumber : astroawani.com/
No comments:
Post a Comment