Akhbar tersebut bukanlah lahir secara tiba-tiba dan Wall Street Journal adalah antara akhbar berita yang cukup berpengaruh di dunia. Wall Street Journal juga antara watak penting dalam mendedahkan skandal Watergate yang telah mengemparkan dunia melibatkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon.
Wall Street Journal sama skali tidak akan mengeluarkan sebarang laporan berita selagi mereka tidak takin dengan kesahihan berita tersebut.
Nah…sekarang nilai ringgit Malaysia terus menjunam jatuh. Tun Daim mengatakan, antara sebab utama ringgit Malaysia jatuh adalah disebabkan pelabur tiada keyakinan terhadap Malaysia. Dan kenyataan terbaru Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz membuktikan kata-kata Tun Daim ada asasnya. Kata Zeti, beliau jikalau mahu duit ringgit Malaysia ini :
Kejatuhan Nilai Ringgit : Kenyataan Tun Daim dan Tan Sri Zeti
- Kerajaan Malaysia perlu selesaikan segera isu 1MDB
- Tidak mahu hanky panky
- Jangan biarkan rakyat Malaysia menunggu terlalu lama menunggu jawapan disebalik isu 1MDB
- Selesaikan ketidaktentuan politik
- Tiada lagi skandal yang tergantung di Malaysia
- Gabenor Bank Negara tidak boleh begitu mudah dipecat kecuali dengan izin Yang Dipertuan Agong
- Menteri boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh Perdana Menteri
Hari ini kita lihat satu persatu laporan berita dunia daripada negara
Australia, Sydney Morning Herald Australia News dan juga The Globe and Online
dari Kanada mempopularkan nama Najib Razak sekaligus Malaysia dalam laporan
berita terkini mereka termasuk yang sebelum ini berdasarkan laporan Berita di
bawah.
Rakyat Malaysia sendiri dilihat
tawar hati untuk membela Najib Razak di mata dunia melihat cara bagaimana
mereka memberikan jawapan balas daripada menteri, ahli politik dan anak buah
Najib Razak dalam parti UMNO Barisan Nasional termasuk daripada tuan punya
badan sendiri, Najib Razak yang cukup tidak meyakinkan? Macam-macam jawapan
yang kedengaran….
·
Ini semua anasir jahat, akhirnya
mengaku menerima duit RM2.6 bilion
Ini semua perbuatan mahu menjatuhkan negara, akhirnya mengaku duit duit hasil derma, katanya
Kami akan saman, tidak saman-saman juga sehingga sekarang
Ini semua perbuatan mahu menjatuhkan negara, akhirnya mengaku duit duit hasil derma, katanya
Kami akan saman, tidak saman-saman juga sehingga sekarang
·
Gantung The Edge Malaysia dan
tutup laman web Sarawak Report
·
Tukar peguam negara
·
Anggota PAC diangkat jadi
menteri, sehingga peranan PAC tempang ketika ini
·
SPRM disiasat polis
·
Pegawai tinggi Special Branch
ditukar
·
Menteri kabinet yang dilihat lantang
terhadap 1MDB disingkirkan
Bagaimana agaknya rakyat Malaysia
mahu memberikan jawapan yang lebih kukuh kepada dunia disebalik satu demi satu
laporan berita dunia yang mula berlegar mengenai dakwaan skandal yang
melibatkan Najib Razak?
No comments:
Post a Comment