Malangnya, kata-katanya tidak diyakini melihatkan laporan berita portal
berita perniagaan The Edge dan juga penyedia laporan berita terkemuka dunia
Reuters apabila menyediakan laporan berita seperti di bawah ini :
Laporan Berita The Edge Financial Daily & Reuters : 1MDB Gagal Bayar Pinjaman
- Maybank 58.99% daripada RM2 billion
- RHB has 32.41%
- Alliance Investment Bank Bhd (4.06%)
- Malaysia Building Society Bhd (3.24%)
- Hwang DBS Investment Bhd (1.29%)
- CIMB?
Hari ini sudah 8 Januari 2015 bersamaan hari Khamis. Tinggal 23 hari sahaja
lagi. Pejam celik pejam celik sudah menginjak ke 30 Januari 2015.
- Persoalannya di mana dan bagaimana 1MDB boleh mendapatkan RM2 bilion dalam masa 23 hari daripada sekarang?
- Apa akibat dan natijahnya jikalau pinjaman RM2 bilion masih tidak mampu dijelaskan?
Dan apa yang akan terjadi apabila 1MDB “jatuh”?
- Saham Maybank akan jatuh
- Semua stesen janakuasa yang dimiliki oleh 1MDB akan diambilalih
- Tarif elektrik akan naik untuk menampung beban hutang
- Kerajaan Malaysia terpaksa membayar balik hutang tersebut dengan mengeluarkan suarat sokongan
- Kerajaan Malaysia akan mengeluar bon berdaulat yang bakal menjatuhkan lagi nilai matawang ringgit Malaysia ke paras terendah
Laporan Berita The Edge Finnacial Daily yang berkongsi pandangan pakar
ekonomi yang bertugas di firma penyelidikan yang disokong bank-bank tempatan
mengatakan :
Kesan Pinjaman Hutang 1MDB Kepada Negara Malaysia?
- Punca kejatuhan ringgit
Malaysia sehingga serendah RM3.56-Rm3.58 untuk setiap Dolar Amerika bukan
sahaja disebabkan faktor terbesar iaitu kejatuhan harga minyak dunia,
kebimbangan defisit berkembar yang dialami negara
1MDB telah turut dikatakan mempengaruhi kejatuhan ringgit Malaysia ke tahap melebihi RM3.50 - Dan selain pakar ekonomi yang tidak mahu diedahkan namanya di akhbar berita The Edge, semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita perniagaan Bloomberg seorang lagi pakar ekonomi di Barclays, Rahul Bajoria turut mengatakan masalah ekonomi negara yang berlaku sekarang ini telah diburukkan lagi oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gara-gara gagal menjelaskan hutang bernilai US$500 juta pada bulan Disember 2014.
- Manakala Jonathan Cavenagh, yang merupakan pakar strategis kanan tukaran asing di Westpac Banking Corporation, Singapore mengatakan kejatuhan harga minyak telah teruk mencederakan ekonomi Malaysia. Kegagalan pembayaran pinjman 1MDB memburukan lagi keadaan
beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment