Abdullah Fadzil ditemui selamat 7.45
malam tadi.
Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Menteri
Pertahanan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang selepas
keluar dari kediamannya di Bukit Tunku, di sini, pagi tadi ditemui selamat,
7.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten
Komisioner R Munusamy mengesahkan penemuan itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui
anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas
lanjut berhubung perkara itu.
Terdahulu, menurut anaknya, Syadil
Abdullah Fadzil, 21, bapanya yang berusia 70 tahun itu turut menghidap penyakit
hilang ingatan atau dementia sejak dua tahun lalu didapati keluar dari rumah jam
11 pagi selepas bersarapan bersama ibunya.
“Pagi tadi, selepas bersarapan, ayah
mengajak ibu keluar ke pusat beli belah. Mereka kemudian naik ke bilik sebelum
ibu mendapati ayah sudah tiada di rumah.
“Kami kemudian pergi ke pondok
pengawal dan pengawal keselamatan memberitahu ayah sudah keluar dengan menaiki
sebuah teksi,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, ketika keluar ayahnya
memakai baju dan seluar berwarna hitam serta kasut kulit berwarna coklat.
"Dari segi fizikal, ayah
kelihatan sihat dan individu yang tidak mengenalinya pasti menganggapnya
seperti individu normal.
“Susulan kehilangannya itu, kami
sekeluarga membuat satu laporan di Balai Polis Sentul,"katanya.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment