Tetapi, bercita-cita untuk meningkat kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB.
Lain Perdana Menteri lain caranya. Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan realitinya penubuhan 1MBD adalah “mesin” yang telah meningkatkan hutang negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
Kerugian 1MDB RM668.55 juta
- Terbaru 1MDB berjaya “mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014
- Berbanding kerugian pada tahun sebelumnya iaitu RM778.243 juta
Inilah pelaburan negara dilakukan
berlagak seperti “berlagak sebagai dana kekayaan negara” sedangkan ia bukan
daripada lebihan kewangan negara. Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara.
Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi.
Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.
Siapa yang pernah pergi ke pejabat
IMDB di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB
ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah syarikat
Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga.
Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya
sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak
mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan
membangun negara, bertindak tubuhkan “sovereign wealth
fund sebab terlebih cash” & dan merancang untuk melakukan pelaburan
tunai di luar negara.
Cara Malaysia lain……lain…..sangat.
·
Malaysia punya sovereign wealth fund
walaupun tiada simpanan tunai tetapi masih lagi bernafsu besar untuk berbelanja
dan melabur
·
Akhirnya bertindak berani mengambil
hutang berbilion-bilion dan melabur bagi tujuan membeli aset pada harga yang melampau
dan tidak munasabah. Katanya 1MDB ni ialah pembangunan strategik syarikat.
Hakikatnya, Berita Semasa tidak
nampak apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi,
kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan.
·
Sebenarnya, 1MDB ini mendapat dana
dari GLC. Ehem….
·
Baik benar GLC-GLC Malaya, derma
duit mereka untuk diberikan kepada 1MDB tanpa balasan apa yang dipanggil “cash
contribution giving out money” secara berkala.
Persoalannya siapa yang bakal
menanggung hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah
melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan Malaysia suatu
ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya akan
berbalik kepada rakyat…Cukuplah!!
Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Ehem…..Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen, golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka berbelanja di atas bumi Malaysia bermula tahun 2015. Nantikan…
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment