Wednesday 7 October 2015

Bajet 2016 Guru Malaysia Mahukan Elaun Tambahan, Cuti Haji Lebih Lama



Dalam kesibukan Najib Razak berhadapan episod menyelesaikan dengan segera krisis ekonomi yang berlangsung di Malaysia, tekanan dakwaan skandal 1MDB, isu RM2.6 bilion duit yang masuk ke akaun banknya sendiri, tekanan hebat daripada bekas bosnya sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga rakyat Malaysia, Najib Razak masih lagi mencari ruang memohon cadangan daripada cikgu dan guru Malaysia supaya menhantar cadangan menjelang pembentangan Bajet 2016 Malaysia yang akan berlangsung 23 Oktober 2015 ini.

Seperti yang diminta di sini, Berita Semasa sertakan beberapa yang boleh dipertimbangkan Najib Razak dan barisan tenaga pemikirkan untuk dimasukkan dalam initipati Bajet 2016 Malaysia. Nah…ini antara harapan guru Malaysia :

Bajet 2016 Guru Malaysia : Cuti, Elaun, Kemudahan Alat Mengajar

1.      Bahan bantu mengajar seringkali tidak mencukup di sekolah. Mohon perhatikan pihak kementerian. Guru seringkali terpaksa duit belanja mereka sendiri untuk beli peralatan. Hatta nak beli kertas sekalipun
2.      Cuti ibadah Haji bagi jemaah dikalangan guru Malaysia dinaikkan kepada selama 60 hari. Sedangkan hari ini hanya 42 hari dan 46 hari sahaja.
3.      Elaun tambahan RM200 sebulan ditawarkan kepada kalangan guru yang menjawat jawatan khusus bagi ketua panatia, kokurikulum dan akademik. Bersesuaian dengan masa, tenaga dan kepakaran yang mereka berikan
4.      Kemudahan ICT disediakan selengkapnya. Sedangkan hari ini kemudahan sangat terhad, sehingga kalangan guru terpaksa mengluarkan belanja mereka sendiri
Pelan pendidikan bandar dan luar bandar. Mereka merasakan ia seperti dianaktirikan terumatanya yang mengajar di luar bandar
5.      Akses internet yang lebih baik

P/S : Tidak lupa juga, Guru Malaysia berharap sangat hentikanlah tindakan dan cara pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia yang terus-terusan menjadi guru dan pelajar di malaysia ibarat “tikus makmal” yang boleh dicampak-campak sistem ala-ala yoyo dan carca marba. 

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: