Abu Dhabi: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga
tahun penjara dan denda berjumlah Dh600 juta (RM534 juta) terhadap
seorang lelaki selepas disabitkan dengan kesalahan menggelapkan dana
awam dan memalsukan dokumen ketika menjadi penjawat awam.
Hukuman dijatuhkan berdasarkan beberapa pertuduhan termasuk menggelapkan, penyalahgunaan dana awam, pemalsuan dokumen kerajaan, membahayakan kepentingan jabatan awam dan mendapatkan komisen secara haram.
Mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas tiga rakannya kerana bersubahat dan memerintahkan mereka diusir keluar dari UAE selepas menjalani hukuman.
“Dua lagi tertuduh yang bersekongkol turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan akan di usir dari negara itu,” lapor sumber, semalam.
- Agensi

No comments:
Post a Comment