Kuantan: Buah-buahan tempatan seperti nangka, durian dan manggis
bakal menembusi pasaran Hong Kong tidak lama lagi melalui kerjasama
strategik antara Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) dan syarikat
berpangkalan di negara itu, Global Benefit Consultant (GBC) Limited. Pengerusi PASFA Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid berkata,
sebagai permulaan pihaknya akan mengeksport 10 tan metrik durian ke
negara berkenaan pertengahan bulan ini dan seterusnya rambutan serta
manggis pada Ogos depan.
“Kami menjangkakan jumlah eksport berkenaan akan terus melonjak sehingga 100 tan metrik sebulan dengan nilai eksport sebanyak RM20 juta setahun,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pengeksportan Buah-buahan Malaysia ke Hong Kong antara PASFA dan GBC Limited, di sini.
Majlis menandatangani perjanjian itu disempurnakan Mustaffar dan Pengerusi GBC Limited Robert Chan sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif. Mustaffar berkata, usaha itu bukan saja dapat meningkatkan pendapatan golongan petani dengan kaedah pengambilan buah secara terus dengan harga lebih baik, malah dapat mengelak lambakan terutama buah bermusim.
“Bagi melancarkan proses berkenaan, 200 pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengangkutan dibina di seluruh negara oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) manakala di negeri ini, pusat berkenaan dibina di Temerloh,” katanya.
sumber dari : http://www.hmetro.com.my/
Oleh Khairulmizan Yahya

No comments:
Post a Comment