Berita Terkini Israel Serang Gaza Palestin 2014. Punca serangan regim Zionis Israel:
Nampaknya kawasan penempatan paling padat di dunia, Semenanjung Gaza
bergegar sekali lagi. Boleh dikatakan apa sahaja yang dicampak ke
Semenanjung Gaza pastinya akan terkena orang awam.
Begitulah risiko besar yang dihadapi mereka pada bila-bila masa diserangkan regim Zionis Laknatullah. Berdasarkan semakan…
Berdasarkan semakan Berita Semasa
terhadap sejarah Palestin, sudah banyak kerajaan atau negara yang
berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur
dan kedudukannya yang “strategik“.
Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah
Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin,
Kanaan, Parsi, khulafa’ ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib,
kerajaan Uthmaniyah dan pihak British. Sudah lebih 30 kali tanah
Palestin bertukar tangan.
Ya….sekarang berita terkini Israel serang Gaza Palestin melihatkan rakyat Gaza terus bermandikan peluru dan dihujani bom.
“Pada awal pagi penduduk Gaza akan bersahur di Palestin, mungkin mereka akan berbuka puasa di Syurga”
Penderitaan rakyat Gaza di bulan
Ramadhan bermandikan peluru hidup dan dihujani serangan bukanlah kali
pertama. Tetapi sudah 6 kali Ramadhan…termasuk ketika Intifada Pertama
pada 8 Disember 1987 sehingga 13 Sepetember 1993 (6 tahun lamanya)
- Semenanjung Gaza terus dibedil dengan kejam
- Sembelihan besar-besaran
Berita Terkini Israel Serang Gaza Palestin : Keadilan Rakyat Gaza Palestin?
- Mana PBB? Diam membisu…
- Mana OIC? Hanya pada nama….
- Mana Liga Arab? Tidak nampak impaknya…
- Pemimpin besar Islam termasuk dari negara Arab? Seperti biasa kurang sensitif & tunduk kepada tekanan US….
- Nak harapkan kerajaan boneka Mesir? Meraka hanya mampu buka pintu Rafah untuk pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dan pemegang pasport negara Mesir sahaja. Ermmm….Hebat kuda tunggangan Israel ini…..
Kronologi Punca Israel Serang Gaza Palestin 2014?
Ini serangan paling buruk ke atas Palestin sejak November 2012
- Israel mendakwa kumpulan Hamas menculik tiga remaja di Tel Aviv
- Atas nama balas dendam kononnya, seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh setelah dibakar hidup-hidup oleh regim Zionis Laknatullah minggu lalu. (Jawapan peguam negara Palestin)
- Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit.
- Tetapi, di manakah logiknya jika kehilangan 3 remaja Israel itu boleh mengheret kepada serangan satu wilayah Gaza sehingga telah mengorbankan ratusan (163 angka terkorban terkini) kanak-kanak dan wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa?
- Sifir apa yang mereka gunakan?
Selepas beberapa hari Israel serang Gaza
palestin serangan dan roket Al Qassam terus menerus dilancarkan
kembali, Israel merancang mahu serang melalui darat. Beranikah regim
Zionis Laknatullah ini melakukan serangan Gaza palestin melalui darat
pula bertempur dengan tentera Al Qassam? Melainkan ada “backup udara”.
Jikalau betul Israel mahu menuntut bela,
Israel sepatutnya mencari siapa pembunuh yang sebenar dengan melalui
saluran yang betul termasuk adili di mahkamah dunia. tetapi perangai
Israel pun ala teroris juga, sebab itu orang awam akhirnya menjadi
mangsa.
Hakikatnya, itu semua lasan sahaja pada
pemerhatian Berita Semasa, Israel serang Gaza Palestin kali ini lebih
tekad, berani dan lebih kejam di atas 3 faktor :
Hamas dan Fatah berjaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan
- Setelah Morsi berjaya digulingkan dengan kejam. Semasa Mesir Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Dr. Morsi, ada Israel serang Gaza Palestin lebih-lebih?
- Serangan dilihat banyak tertumpu kepada bayi dan kanak-kanak kecil serta wanita yang lemah. Ada sebabnya. Strategi israel memang sasarkan anak kecil kerana mereka adalah tentera Islam masa depan. Ini kerana jikalau besar nanti mereka juga akan meneruskan keturunan Palestin pada masa depan. Bunuh mereka sekarang supaya mereka tak sempat jadi tentera dan tak berpeluang menambah rakyat Palestin. Strategi 2 dalam 1
Israel serang Gaza Palestin khususnya
kepada orang awam, ada sebabnya. Ini kerana, inilah permainan mereka
selama ini. Mereka hanya mahu timbul isu dan masalah sahaja kononnya
maraih simpati bagi menghalalkan tindakan kejam mereka terhadap penduduk
Semenanjung Gaza. Media propagadanda di tangan mereka. Negara Arab di
bawah telunjuk mereka.
Ya Allah, selamatkanlah rakyat Palestin. Hancurkan Israel lakhnatullah…Amin
P/S : Banyak-banyakan berdoa, itulah kekuatan senjata sebenar umat Islam.
PP/S : Jikalau api besar terlalu marak
yang sedang berlaku pada rumah jiran di depan mata anda di mana hampir
mustahil untuk dipadamkan, berusahalah membawa segayung air dengan niat
untuk memadamkannya jikalau tidak mampu “membawa sebaldi air” berbanding hanya duduk terpaku sambil menyalahkan orang lain. (CONTOH SIMBOLIK DI SINI)
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment