Sunday 13 July 2014

Ke arah membina bank Islam mega

islam, break my bank, mega man, mega 64, yusuf islam, halo mega bloks, bank robbery, music bank, lil wayne, bank of america, mega man x, anti islam video, mega ramp, wwe, 50 cent, runescape bank, mega man 2, piggy bank, mega bloks halo, mega death, mega man 9, mega tsunami, new boyz, blood bank, the bank job, runescape, mega, eminem, chick bank robber, nation of islam, break the bank, convert to islam, mega man 10, mega man 3, runescape bank video, mega jam, bank roll, minecraft, mega man music, spongebob, chris brown, chief keef, bon iver, mega millions, spongebob squarepants, islam in america, mega shark, lil boosie, bank, megaman, islam vs christianity, michael jackson, chase bank, lil scrappy, innocence of islam, nicki minaj, mega mind, miracles of islam, mega piranha, la mega, mega man cartoon, halo, smosh, pokemon bank, family guy, mega64, mega bass, wrestlemania 24, cm punk, mega man 8, samsung galaxy mega, mega millions winner, sonic mega collection, gta 5, islam documentary, swizz beatz, money, river bank, pokemon mega evolutions, fred, lloyd bank, muslim, mega evolution, halo mega blocks, anti islam, gucci mane, west bank story, mega disasters, anti islam film, la mega mezcla, young jeezy, big bank black, sequelitis mega man, mega fart, mega man legends, ally bank commercial, lego halo, mega man instrumental,
CADANGAN penggabungan CIMB Bank, RHB Capital dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan membentuk sebuah kumpulan bank Islam mega dengan jumlah aset sebanyak RM122 bilion.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) dalam nota penyelidikannya semalam berkata, operasi MBSB apabila digabungkan dengan RHB Islamic Bank dan CIMB Islamic Bank mampu menjadi pesaing kepada Maybank Islamic Bhd yang memiliki jumlah aset RM127 bilion.

Menurut Maybank IB, penggabungan itu juga memberikan kumpulan itu manfaat untuk meningkatkan penerokaan pasaran serantau selain memberikan kepelbagaian kumpulan pelanggan mereka.

"Operasi komersil CIMB Bank menyasarkan individu berpendapatan lebih tinggi, manakala pelanggan RHB Bank pula lebih cenderung kepada pasaran pertengahan.

"MBSB pula menyasarkan pekerja kerajaan melalui skim pemotongan gaji secara langsung oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa)," menurut Maybank IB.

Ketiga-tiga bank itu kelmarin mengumumkan menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan perbincangan dengan matlamat untuk menggabungkan perniagaan CIMB dan RHB Capital serta menghasilkan francais perbankan Islam yang lebih besar dengan MBSB.

Maybank IB berkata, penggabungan itu juga akan meningkatkan segmen pembiayaan peribadi kepada hampir 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Bagaimanapun, menurut Maybank IB, penggabungan itu juga mungkin menimbulkan beberapa isu seperti pertindihan dalam operasi.

"Sehingga akhir 2013, RHB Capital mempunyai 194 cawangan dan 270 outlet RHB Easy di Malaysia. CIMB Bank pula memiliki 297 cawangan, menjadikan jumlah gabungan cawangan sebanyak 491 berbanding 399 cawangan milik Maybank.

"Ada antara cawangan ini dan outlet RHB Easy yang kemungkinan perlu dirasionalisasikan," menurut Maybank IB.

Sementara itu, MIDF Research berkata, penggabungan itu akan mengembangkan rangkaian bank-bank tersebut yang membolehkan capaian kepada lebih ramai pengguna di dalam dan luar negara.

Selain itu, skala bank yang lebih besar membolehkan mereka bersaing dalam pasaran perbankan yang mempunyai persaingan sengit.

"Penghasilan bank Islam mega itu kelak akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam dan dengan fokus CIMB dan RHB Capital kepada pasaran serantau, ini boleh meningkatkan prospek kewangan Islam di Malaysia dengan lebih lanjut," menurut MIDF Research.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital Kellee Kam dalam kenyataan kelmarin berkata, ketiga-tiga bank itu percaya akan muncul banyak peluang daripada cadangan gabungan itu.

"Kami harap untuk meneroka (peluang-peluang ini) dengan lebih mendalam melalui perbincangan kami," katanya.

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
oleh : FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN

No comments: