Wednesday 16 July 2014

Lembaga Getah Malaysia (LGM) Bangun lima kemudahan

adriana lima, gustavo lima, malaysia, lima, adriana lima interview, lima peru, gusttavo lima, adriana lima 2011, alianza lima, gusttavo lima balada, adriana lima makeup, checherereche gustavo lima, adrianna lima, malaysia airlines missing, fernando lima, adriana lima 2008, jose lima, peru lima, malaysia airlines, adriana lima 2010, miranda kerr, malaysian shuffle, alessandra ambrosio, peru, malaysia ebony, gustavo lima balada, victoria secret, megan fox, adriana lima commercial, adriana lima 2012, gangnam style, vanessa lima, missing malaysia airlines, malaysia shuffle, mara lima, malaysia song, lima ohio, marina lima, sarah brightman, michel telo, adriana lima runway, lima lama, candice swanepoel, adrina lima, lima limon, danza kuduro, balada gusttavo lima, balada boa, adriana lima hot, brian lima, adriana lima boxing, lima peru miraflores, adrian lima, fernanda lima, alessandra ambrossıo, dear lemon lima, metallica en lima, beyonce, adriana lima 2013, suellen lima, balada gustavo lima, malaysian shuffle songs, shuffle malaysia, adriana lima catwalk, pasion, balada, kim kardashian, chechereche gustavo lima, miranda kerr interview, luan santana, adriana lima workout, ronaldo, ronaldo de lima, andre lima, douglas lima, lil wayne, paula lima, michael jackson, cristiano ronaldo, victorias secret, lagu malaysia, metallica, universitario alianza lima, tsunami, adraina lima, metallica lima, metro de lima, whistle flo rida, megan fox interview, the lima, party rock anthem, nova lima, temblor en lima, victoria secret model, masterchef malaysia, penang malaysia,
Kuala Lumpur: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion bagi membangunkan Pusat Kecemerlangan Getah serba lengkap di Sungai Buloh yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2018. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Salmiah Ahmad berkata, pembinaan kompleks di kawasan seluas 216.51 hektar itu membabitkan pembangunan lima kemudahan termoden dan canggih termasuk mewujudkan makmal penyelidikan bersepadu bagi menjalankan ujian tayar kenderaan.

Beliau berkata, setakat ini makmal terbabit adalah satu-satunya di rantau ASEAN yang menjalankan ujian terhadap ketahanan tayar kerana LGM sudah menjalankan ujian tayar sejak 1970-an, tetapi memandangkan permintaan yang semakin meningkat, pihaknya berharap peruntukkan yang diluluskan itu dapat membantu LGM menjalankan ujian tayar dengan lebih sistematik pada masa depan.

“Pusat kecemerlangan itu dibangunkan sebagai usaha meningkatkan operasi dan pembangunan teknologi serta perniagaan getah di Malaysia yang mempunyai lima kluster bakal dibangunkan di tanah terbabit selain memberi kemudahan kepada semua peserta industri untuk membuat sebarang urusan di satu lokasi khas.
“Pada masa sama, kemudahan ini juga membolehkan LGM menjalankan kajian untuk membantu pekebun kecil di negara ini meningkatkan pendapatan mereka,” katanya di majlis perasmian Persidangan Ekonomi Getah Kebangsaan 2014 di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kompleks itu nanti turut menempatkan ketiga-tiga pusat kajian dan pengurusan LGM yang sebelum ini terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Jalan Jelatek dan Sungai Buloh.

Salmiah berkata, LGM juga akan membuka ruang perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang menjalankan aktiviti berkaitan getah di lokasi sama.

Pembangunan projek itu terdiri daripada lima komponen utama iaitu menara ibu pejabat LGM, pusat kecemerlangan penyelidikan getah berteknologi tinggi, kolej pendidikan getah, pusat pameran getah dan kluster perniagaan untuk industri getah.

Sementara itu, Salmiah berkata, Malaysia akan terus bekerjasama dengan Thailand dan Indonesia di bawah International Tripartitie Rubber Cooperation (ITRC) bagi memastikan harga getah berada pada paras yang lebih menguntungkan untuk pekebun kecil.

“Di peringkat domestik pula, kementerian sentiasa bekerjasama dengan LGM untuk mewujudkan rantaian pemasaran alternatif dalam negeri untuk pengeluaran getah pekebun kecil supaya mereka memperoleh harga peringkat ladang yang berpatutan,” katanya.

sumber dari : http://www.hmetro.com.my/
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

No comments: