Wednesday 16 July 2014

Altel lancar produk 4G pada 18 Julai

november 18 drake, iphone 4g, ipod touch 4g, glock 18, apollo 18 trailer, 18 and life, 18 days, apollo 18, supermac 18, htc evo 4g, hangar 18, 18, megadeth hangar 18, november 18, sidekick 4g, super mac 18, evo 4g, 18 wheeler, hanger 18, cholo adventures 18, my touch 4g, htc inspire 4g, drake november 18, mytouch 4g, samsung epic 4g, sortilegio capitulo 18, 18 street, naruto abridged 18, samsung infuse 4g, supermac18, android 18, 18 street gang, lil wayne, 18 kilates, fred, skid row, iphone 5, cell absorbs 18, dragon ball z, hangar 18 megadeth, mytouch 4g slide, samsung galaxy s2, htc amaze 4g, 18 dummy, megadeth, minecraft, iphone 4g review, ipod touch, wrestlemania 18, saving abel, kidz bop 18, htc sensation 4g, 18 st rap, emily 18, motorola atrix 4g, naruto episode 18, nexus s 4g, pokemon, good luck charlie, hannah montana, f 18, kad lisce pada, smosh, motorola photon 4g, jonas episode 18, 18 weeks pregnant, 18 visions, epic 4g, xxl tv 18, ms 13, fi btl 18, lg motion 4g, sprint evo 4g, ipod touch 5g, gossip girl, htc evo, children 18 3, ipod 4g, lg thrill 4g, 18 to life, metallica, naruto, sidekick 4g unboxing, bleach 18, pokemon episode 18, glock 19, iphone, nov 18 drake, pink 18 wheeler, atrix 4g, top gear, evo 4g lte, galaxy s 4g, new iphone 4g, selena gomez, shake it up, 18 inch subwoofers, 18 video tapes,
KUALA LUMPUR 15 Julai - Penerima slot terbesar spektrum 4G tempatan, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel), akhirnya bakal melancarkan produk evolusi jangka panjang (LTE) pada 18 Julai ini. Ketua Pegawai Operasinya, Rizwal Mohd. Ain berkata, pelancaran itu sebenarnya sedikit lewat berbanding tarikh awal iaitu pada 1 Julai lalu, disebabkan beberapa masalah teknikal yang mahu diperhalusi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ciri-ciri komersial dan promosi yang akan diguna pakai, tetapi percaya industri kini telah bersedia untuk menerima 4G kerana pengguna semakin memerlukan jumlah data yang banyak "Telefon pintar yang berada di pasaran sudah ada memiliki keupayaan 4G, malah boleh didapati dengan harga antara RM800 hingga RM1,100 seunit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tarikh baharu itu diumumkan menerusi laman Facebook Altel. Syarikat itu ketika ini hanya menawarkan perkhidmatan prabayar (2G dan 3G) dengan menggunakan prasarana milik Celcom.

Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group yang menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat (IT). Pada hujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat.

Lapan syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat. Puncak Semangat dilaporkan menerima slot sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. Bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2x20 MHz, SKMM menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana.

"Kami mengambil tempoh setahun (sejak diperkenalkan Ogos 2013) untuk menawarkan produk 4G kerana mahu bersiap sedia dari segi rangkaian jualan, supaya pengguna tidak sukar mendapatkan perkhidmatan Altel," kata Rizwal. Syarikat akan menjalankan kempen promosi dengan lebih intensif seiring dengan pengenalan 4G Altel sehingga akhir tahun ini. "Dijangka pada peringkat awal mungkin sambutan pelanggan sedikit perlahan, tetapi berpotensi meningkat dengan baik dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, berdasarkan trend pengguna semasa yang beralih dari 2G ke 3G beberapa tahun lalu," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/
Bhd Oleh Fadzil Zainol

No comments: