Datuk Seri Mustapa
Mohamed
HUBUNGAN perdagangan antara Malaysia dengan Netherlands dijangka hanya memberi kesan jangka pendek selepas insiden yang menimpa pesawat MAS MH17, kelmarin.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia dijangka kembali pulih dalam tempoh beberapa minggu atau bulan akan datang.
"Bagaimanapun, insiden MH17 ini tidak akan memberi kesan kepada pelaburan langsung asing (FDI) secara keseluruhannya," katanya selepas pengumuman prestasi pelaburan bagi sektor perkilangan untuk lima bulan pertama tahun ini.
Bagi separuh pertama tahun ini (Januari hingga Mei) sebanyak lima projek dengan nilai RM456.4 juta telah diluluskan di antara Malaysia dan Netherlands, berbanding 11 projek bernilai RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.
Sementara itu, mengulas berhubung pelaburan perdagangan negara bagi lima bulan pertama tahun ini, Mustapa berkata, pelaburan sektor ini mencatatkan peningkatan 100 peratus sebanyak RM42 bilion, berbanding RM52 bilion bagi sepanjang 2013.
"Kami yakin prestasi pelaburan ini akan melebihi jumlah pelaburan tahun lalu kepada RM55 bilion tahun ini," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh ini sebanyak 196 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan RM25.2 bilion bersamaan 60.4 peratus.
Katanya, syarikat asing bersedia untuk melabur untuk mengembangkan syarikat ke peringkat lebih tinggi bagi berhadapan peningkatan persaingan di negara ini.
Mustapa berkata, dari segi nilai pelaburan, Johor mencatatkan modal pelaburan tertinggi sebanyak RM14.9 bilion diikuti Sarawak RM7.8 bilion, Pahang dan Kedah masing-masing RM4.3 bilion dan Selangor RM3.7 bilion.
sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment