Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kelantan, Wan Muhamad Sabri Wan
Harun ( kiri) melihat produk Murtabak Raja yang mula dipasarkan di
Koperasi Wisma Persekutuan Kota Bharu, baru-baru ini. - UTUSAN/ROSNI
MASRI
KOTA BHARU 14 Julai - Koperasi Orang Kota Bharu Berhad (Coop-OKB) yang merupakan pengedar esklusif makanan sejuk beku halal, Muslim Best terus mengorak langkah apabila bakal memperkenalkan produk terbaharu iaitu berteraskan minuman kesihatan. Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, produk tersebut ialah Teh Peria dan Graviola Tea yang memberi manfaat kepada pelanggan kerana ia dikatakan berkeupayaan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
"Teh Peria adalah campuran buah peria yang menjadi minuman herba untuk pesakit diabetes. Manakala Graviola Tea pula adalah abstrak daun dan buah durian Belanda yang dikhususkan kepada pesakit kanser serta mereka yang mengalami masalah sendi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Sementara itu, tambah Sheikh Ahmad Dusuki, Coop-OKB menyasarkan jualan produk keluaran mereka sebanyak RM200,000 sehingga akhir tahun ini.
Katanya, sasaran itu dijangka dapat dicapai berdasarkan permintaan tinggi terhadap produk mereka terutama murtabak Sri Tikat yang mengetengahkan resepi asli Kelantan. Ujarnya, murtabak yang baharu diperkenalkan itu mendapat sambutan yang sangat mengalakkan terutama daripada pelanggan tetap produk keluaran Muslim Best. "Selain itu, kita juga menawarkan harga promosi kepada pelanggan yang ingin membeli murtabak berkenaan, namun ia hanya boleh didapati (Coop Mart) Wisma Persekutuan.
"Harga promosi yang ditawarkan itu ialah RM13.50 berbanding RM17 sebelum ini. Pelanggan juga boleh mendapatkan mini murtabak Sri Tikat yang dijual dengan harga RM5 di Coop Mart berkenaan," katanya. Dalam pada itu, Sheikh Ahmad berkata, Coop-OKB akan menjalin kerjasama pintar bersama Koperasi Coop Mart Wisma Persekutuan. Melalui kerjasama berkenaan katanya, koperasi tersebut secara rasmi akan menjadi Coop Mart pertama yang menyediakan produk Muslim Best kepada pelanggan mereka.
"Kerjasama erat itu akan diteruskan ke beberapa buah koperasi di seluruh Kelantan bagi mencapai sasaran 20 peti produk Muslim Best sehingga hujung tahun ini, ujarnya. "Selepas ini, kami akan memperluaskan jalinan kerjasama dengan semua koperasi di seluruh negara bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk kami," katanya.
sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/
Oleh ROSMIZAN RESDI
No comments:
Post a Comment