Monday, 14 July 2014

Jutawan tudung online

online gamer, dc universe online, gta 5 online, elder scrolls online, eve online, the online gamer, warhammer online, sword art online, mw3 online gameplay, online, tera online, gta 5, star trek online, gta online, brad paisley online, online brad paisley, champions online, eve online gameplay, battlefield 3, cabal online, knight online, fiesta online, gta v online, make money online, online games, mw3, warhammer online gameplay, modern warfare 2, ragnarok online, mechwarrior online, gta 4 online, dungeon fighter online, halo 3 online, pokemon online, mw2 online gameplay, rf online, minecraft, mw3 multiplayer gameplay, ultima online, mw3 gameplay, conquer online, free online games, ragnarok online 2, smosh, black ops, atlantica online, metal gear online, dragon ball online, gaia online, silkroad online, mortal online, modern warfare 3, tera online gameplay, skyrim online, online gamer 1, allods online, mw3 gameplay online, halo 3, free movies online, eve online pvp, eve, dragonball online, pewdiepie, ghost recon online, online gamer 2, anarchy online, online gamer 3, brad paisley, gta 5 gameplay, aion online, mmohut, warhammer, vanossgaming, rose online, phantasy star online, raywilliamjohnson, gta 4, black ops zombies, battlefield 4, the online game, champions online gameplay, killzone 2 online, black ops 2, pokemon world online, online dating, free movie online, battlefield 3 online, pirates online, luna online, naruto online chat, rohan online, movies, atlantica online gameplay, mw2, digimon masters online, free movies, mmorpg, online poker, halo reach, free online movies,
Wan Zaki dan Aween sentiasa bekerjasama menguruskan butik JelitaSARA yang terletak di Selangor dan Melaka.

BIJAK mengambil peluang dengan penggunaan teknologi terkini bukanlah tiket untuk terus berjaya.

Pelbagai cabaran terpaksa dilalui Pengasas dan Pengarah Eksekutif Jelitasara Corporate Sdn Bhd, (JelitaSARA), Wan Zaki Wan Taib dan isterinya, Pengarah JelitaSARA, Erven Sarasendy Abd Hadi untuk berada pada tahap sekarang sebagai usahawan perniagaan maya yang berjaya.

Mereka mengambil masa yang lama untuk dikenali dan merealisasikan impian bergelar usahawan berjaya.

Segala-galanya bermula apabila mereka berjaya menjual 20 helai tudung yang dicadangkan oleh salah seorang ahli keluarga.

Tudung tersebut habis dijual kepada rakan-rakan terdekat tidak sampai beberapa jam sahaja.

Wan Zaki, 36, berkata, selepas berjaya menjualnya, perasaan mereka sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sebelum itu, mereka tidak pernah terfikir untuk berniaga tudung kerana masing-masing menumpukan sepenuh perhatian membina kerjaya. Erven Sarasendy atau lebih dikenali sebagai Aween pada ketika itu hanya menjual korset secara sambilan sahaja.

“Melihat kepada jualan tudung tersebut menunjukkan ia ada permintaan yang tinggi di sini,” katanya.

Menurutnya, kini, beliau memperolehi pendapatan sebulan RM200,000 hingga RM500,000 dan pada musim perayaan, jumlah itu boleh mencecah RM1 juta.

“Kami memastikan tudung kami akan terjual sebanyak lebih kurang 5,000 helai sebulan. Kami menyasarkan pelanggan yang berumur 23 tahun hingga 45 tahun, wanita berkerjaya serta yang mementingkan penampilan,” katanya.

Bangunkan laman web sendiri

Wan Zaki berkata, JelitaSARA yang beroperasi di Melaka memulakan perniagaan secara dalam talian (online) pada 2009.

Pada 2008, beliau belajar untuk membangunkan laman web kerana melihat kepada perkembangan perniagaan online yang dirasakan akan mendapat sambutan dan menjangkakan ia akan menjadi fenomena pada masa akan datang.

“Pengalaman saya bekerja di luar negara selama dua tahun juga membantu saya melihat trend rakyat di sana membeli-belah secara online sekitar 2007.

"Saya menjangkakan aktiviti itu akan berkembang ke Malaysia. Saya mengambil peluang mempelajarinya kerana melihat potensi itu akan memberi manfaat kepada kami,” katanya.

Menurutnya, di peringkat permulaan, beliau hanya membuat laman web untuk rakan-rakannya secara percuma sahaja.

“Alhamdulillah, saya juga mendapat permintaan berkaitan laman web daripada pelanggan yang tidak dikenali. Sejak itu, saya mula mengenakan caj kepada sesiapa yang mahu menggunakan perkhidmatan saya,” katanya.

Wan Zaki berkata, untuk memulakan perniagaan online, beliau tidak menggunakan modal yang besar iaitu hanya RM100 untuk mendirikan laman web, membeli domain dan hosting.

Manakala modal membeli tudung pula dipinjamkan oleh kakak Wan Zaki sendiri.

“Kini, setiap minggu, kami akan mengeluarkan lima rekaan baharu pada setiap Isnin atau Selasa.

"Rekaan paling hit pada 2012 dan 2013 ialah Miss Sara. Kami perolehi hasil jualan mencecah RM1 juta bagi model itu. Ia menyumbang kepada jumlah pendapatan kami pada 2013 yang mencecah RM5 juta,” ceritanya.

Tambahnya, JelitaSARA mempunyai kilang sendiri bagi menghasilkan tudung jenama tersebut.

“Kebanyakan kain dan bahan aksesori diimport dari luar negara dalam usaha memenuhi cita rasa kepada pelanggan. Kami memilih sendiri kain untuk dijahit,” katanya.


sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
NORSHAHZURA MAT ZUKI, Foto oleh Afiq Razali

No comments: