Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah melihat buku Prinsip-prinsip Hukum Islam
dan Penerapan dalam Kewangan Islam sambil disaksikan (dari kiri) Mat
Noor Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Francais dan Kepenggunaan, Datuk
Basaruddin Sadali dan Ketua Pegawai/Pengurus Besar Kanan Risiko Bank
Rakyat, Md. Khairuddin Arshad di Kuala Lumpur, semalam. – utusan/FAISOL
MUSTAFA
KUALA
LUMPUR 27 Okt. - Bank Rakyat menjangka jumlah asetnya akan mencecah
RM90 bilion menjelang akhir tahun ini, melalui pengukuhan perniagaan
runcit seperti pinjaman peribadi.
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mat Noor
Nawi berkata, sehingga Jun lalu aset bank itu telah mencecah RM86.5
bilion berbanding RM82.9 bilion sehingga 2013 lalu.
Katanya, dalam jangka masa panjang beliau berharap Bank Rakyat mampu tergolong sebagai tiga bank terbesar di Malaysia, di belakang dua bank komersial tempatan, Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan CIMB Group Holding Bhd. (CIMB).
“Kami tidaklah berharap untuk menjadi terbesar, jika dapat diletakkan antara tiga bank terbesar di Malaysia sudah memuaskan, iaitu ketika masa itu Bank Rakyat bersaing secara sihat dan efisien dengan bank-bank gergasi yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa Bank Rakyat yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di sini hari ini.
Persidangan itu dianjurkan oleh Bank Rakyat sempena meraikan ulang tahun ke-60 bank tersebut. Ia menghimpunkan pelbagai ilmuan dalam kewangan Islam bagi membincangkan situasi semasa industri kewangan Islam pada masa ini.
Bank Rakyat ketika ini mempunyai 145 buah cawangannya di seluruh negara. Secara perbandingan, Maybank dan CIMB Group masing-masing ketika ini mempunyai jumlah aset sekitar RM584 bilion dan RM387 bilion. Nilai yang tinggi itu antara lain disumbangkan penglibatan dua bank tersebut dalam pelbagai segmen perbankan serta operasi antarabangsanya.
Mat Noor berkata, Bank Rakyat kini memberi fokus untuk memperbaiki pinjaman tidak berbayar pelanggan-pelanggan yang ketika ini berada pada kadar 2.2 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2012.
“Kami sedang berusaha menurunkan lagi dan dijangka parasnya akan terus menurun melalui sistem kewangan yang lebih baik ketika ini,” katanya.
sumber : http://www.utusan.com.my/

No comments:
Post a Comment