Maxis dan DiGi masing-masing telah mendedahkan pelan
iPhone 6 dengan Maxis memperkenalkannya pada harga semurah RM659
manakala DiGi pula menawarkannya pada harga semurah RM557.
Maxis
menawarkannya iPhone 6 dan 6 Plus pada pelan MaxisOne (RM158 sebulan),
iValue Simple (RM50 sebulan), iValue 1 (RM100 sebulan), iValue 2 (RM155
sebulan) dan iValue 3 (RM250 sebulan).
DiGi pula
menawarkannya pada pelan DG SmartPlan 50 (RM50 sebulan), DG SmartPlan 78
(RM78 sebulan), DG SmartPlan 108(RM108 sebulan) dan DG SmartPlan148
(RM148 sebulan).
Manakala Celcom pula dilihat masih belum memberitahu harga pelannya. Pengguna
boleh menempah iPhone 6 dan 6 plus daripada syarikat itu bermula hari
ini hingga 5 November dan memperoleh atau dihantar ke alamat paling awal
sampai ke tangan pelanggan pada 6 November 2014.
Kedua-dua
iPhone 6 baru ini dilengkapi paran Retina HD yang baru. iPhone 6
memiliki resolusi 1334 x 750 manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula
ialah 1920 x 1080. Rekabentuk iPhone 6 juga lebih nipis dari iPhone 5S
iaitu iPhone 6 hanya senipis 6.8mm manakala iPhone 6 Plus 7.1mm.
Butang
kuasa kini terletak pada kanan telefon, berbeza dengan sebelum ini
apabila ia terletak di atas. Ini bagi memudahkan capaian menggunakan
sebelah tangan, kerana penambahan saiz skrin.
sumber : https://my.news.yahoo.com/
No comments:
Post a Comment