Syarikat-syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah mengumumkan
produk terbaru Apple, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan mula berada di
pasaran tempatan bermula 6 November depan.
Dipetik daripada laporan The Star, sebelum ini Maxis Bhd. dan DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. mengumumkan mereka akan menawarkan kedua-dua produk tersebut pada 7 November, tetapi menukarnya sehari lebih awal sama seperti Celcom Axiata Bhd.
Pra-tempahan untuk kedua-dua model iPhone ini akan bermula pada 31 Oktober depan menerusi laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing.
Walaubagaimanapun harga untuk kedua-dua model iPhone ini masih lagi belum diumumkan.
iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 19 September lalu. Ia mendapat perhatian peminat Apple yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menjadi antara yang terawal memilikinya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.maxis.com.my, www.celcom.com.my dan www.digi.com.my.
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Nur Safina Othman | Tupai

No comments:
Post a Comment