Thursday, 31 December 2015

Pesakit uzur di bunuh demi dapat gaji lebih awal

Menantu mangsa berjanji akan memberi satu bulan gaji kepada He, walaupun pesakitnya meninggal dunia, tanpa mengambil kira berapa hari dia telah bekerja. - Foto hiasan

BEIJING, 29 Disember:

Seorang penjaga mengaku dia membunuh pesakit uzur di bawah jagaannya, semata-mata mahu mendapat gaji lebih awal.

He Tiandi, 45, dihadapkan ke mahkamah di bandar Guangzhou, selatan China, minggu lalu, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas berusia 70-an.

Menurut laporan Guangzhou Daily, menantu mangsa telah berjanji akan memberi satu bulan gaji kepada He, walaupun pesakitnya meninggal dunia, tanpa mengambil kira berapa hari dia telah bekerja.

Selepas hanya empat hari menjaga wanita itu, He mendakwa memberinya sup yang dicampur dengan ubat tidur dan bahan kimia toksik, menerusi suntikan ke perut dan pinggulnya, sebelum menjerut mangsa dengan tali nilon.

“Saya tidak mahu orang lain mendapat wang itu,” katanya di dalam mahkamah.

Ketika disoal siasat polis, He turut mengaku membunuh tujuh pesakit lain dan cuba membunuh dua pesakit lagi dengan meracuni mereka.

Namun, pendakwa raya tidak mendakwa He dengan kes-kes itu, disebabkan kekurangan bukti. Kematian pesakit-pesakit itu menunjukkan kelemahan dalam sistem penjagaan warga emas di China yang kebanyakan populasinya meningkat tua dengan cepat.

Keadaan itu menyebabkan anak-anak terdesak untuk mendapatkan bantuan bagi menjaga ibu bapa mereka.
Menurut Biro Statistik Kebangsaan, China kini mempunyai lebih 212 juta rakyat yang berusia 60 tahun dan ke atas.

“Jumlah warga emas yang semakin ramai menyebabkan mereka memerlukan penjagaan orang lain,” demikian ulas China Daily mengenai kes pembunuhan itu pada Selasa.

Walaupun anak-anak “boleh menetapkan langkah-langkah keselamatan terhadap mereka yang berniat jahat…ia adalah munasabah untuk penjaga didaftarkan dan ditapis”, demikian ulas akhbar itu.

sumber : therakyatpost.com/

Kisah Toyota Estima Hitam Angkut Bawa Lari Stroller Bayi Jadi Viral


Klang - Satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Carmieylla Zulkifli yang menceritakan kisah sebuah kereta Estima bewarna hitam membawa lari stroller bayi adiknya menjadi viral di laman Facebook.

Secara ringkasnya, Carmieylla berkata kereta Estima hitam tersebut secara tiba-tiba muncul dan mengambil stroller kosong yang ditinggalkan berhampiran kereta.

Carmieylla berkata pada zaman kini, perasaan 'paranoid' terlebih adalah penting lagi-lagi pada masa kini.

Perkongsian dari Carmieylla itu mendapat lebih dari 7,000 shares.

Ikut perkongsian penuh dari Carmieylla :

Please read, please share.

Aku share creta ni, bukan niat nak salahkn or memalukan sape2. Tp utk kita sama2 (terutamanya parents), utk lebih berhati2 bila bawa anak2/ budak2 keluar zaman skrg.

Incident ni baru je jadi dlm 1 minggu lepas, kat shopping mall Klang. Adik aku, bini dia & anak dia umur 8 bulan keluar cam biasa, spending weekend together. As usual, shopping mall tu mmg sentiasa ramai org pun. So time nak cari parking, mmg la maha seksa kan. Round punya round, dapat la parking. Which mmg betul2 depan pintu masuk. Take note: Mmg amai org dok lalu lalang situ ye! (Org bleh nmpk kita, kita pun bleh nampak org).

Dah parking tu, adik aku ni turun kreta bukak bonet blkg nak keluar kan stroller baby dia tu. Dah setup stroller tu, die letak tepi kreta dia tapi belah dpn. Pastu gi blk kt kreta & siap sedia nak angkat anak dia masuk dlm stroller. (Bini nya tgh buatkan susu anak time ni).

Br beberapa langkah adik aku jln menuju kt kreta, dgn tiba2 & sepantas kilat ada 1 kreta estima black stop & blok dpn kreta dia. Sorang laki turun, and terus tarik & angkut stroller adik aku msk estima tu. Pastu blah dgn speed laju bak cheetah! And ofcos kita sedia tau…dorang bukan la niat nk curi stroller kot!! Allahuakhbar!!

So parents out there, zaman skrg mmg lg bgs jadi telebih paranoid even xde apa2! Being paranoid can be one of the safety measures to prevent this life-threatening incident from happening!

Adik aku almost hilang anak dia. The ony son! I almost lost my nephew & mak aku smp ke hari ni still x boleh sebut & cakap psl hal ni kat umah. In fact, kat umah nobody talked about it back home. We just did what we had to; leave it to the police.

Alhamdulillah, we can never thank you & sujud syukur kehadap Illahi for this protection. Frightening episode cmni bleh jadi dlm sekelip mata di tmpt yg open & x penah kita sangka! And yes, it also happened di siang hari! May Allah keep our children safe. Ameen. Kita sama2 doa, insyaAllah.

sumber - Siakapkeli.my

Ekonomi Malaysia 2016 Mencabar Buat Rakyat Malaysia. Khazanah Research Jangka Lebih Banyak Subsidi Ditarik!


Sekejap masa berlalu sekarang, pejam celik pejam celik Malaysia sudah bakal menginjak ke tahun 2016 tidak lama sahaja lagi.

Jikalau ada yang mengatakan tahun 2015, cukup mencabar buat Malaysia dan rakyat Malaysia amnya.

Tahun 2016, berdasarkan pemerhatian dan kajian pakar ekonomi dari Khazanah Research Institute (KRI) meramalkan yang mana ekonomi Malaysia 2016 akan terkesan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya yang mana pastinya akhirnya rakyat-rakyat di bawah ini yang akan terima bahananya.
Bahana yang bagaimana?
  1. Pertamanya, kerajaan besar kemungkinan akan kaji balik mana-mana subsidi yang masih lagi diberikan kepada anda semua. Dalam erti katalain, yang mana perlu kurangkan, kerajaan akan kurangkan bantuan. Yang mana subsidi perlu ditarik, ia akan dilakukan. Bersiap sedia semua.
  2. Kos import barang makanan akan terus meningkat tahun 2016
  3. Seterusnya, kos pengangkutan akan turut naik sama. Baik, yang naik kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam samada komuter, ERL, tol semuanya akan mengurangkan lagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia
  4. Harga barangan seperti ikan, sayur, buah-buahan telah naik mendadak dek kerana masalah jerebu
  5. Pelaksanaan GST
  6. Akhir sekali, apabila subsidi ditarik semula oleh kerajaan, ia bakal menambahkan lagi impak dan tekanan kepada rakyat Malaysia melibatkan kos sara hidup di Malaysia tahun 2016 kelak
Mengapa ini semua terjadi kepada Malaysia? Ini semua gara-gara..

Punca Ekonomi Malaysia 2016 Makin Mencabar?

  1. Harga minyak dunia yang semakin melemah, satu kejatuhan yang cukup mendadak, semestinya ekonomi Malaysia 2016 turut akan terkesan sama. Apatah lagi negara
  2. Malaysia masih lagi bergantung harap kepada pulangan pendapatan daripada petroleum
    Keduanya, nilai tukaran ringgit Malaysia telah jatuh
Jadi, Khazanah Research Institut KRI tidak pilihan lain selain daripada semakan semula subsidi yang diberikan sekarang ini melihatkan beberapa indikator seperti yang dikongsikan Berita Semasa di atas.

P/S : Akhir kata dari Pengarah Penyelidik KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid, nasihat kepada rakyat Malaysia, ekonomi Malaysia dan tahun 2016 kelak amat-amat mencabar buat anda dan kita semua.

sumber : beritasemasa.com.my/

Wednesday, 30 December 2015

Padah!!..Lelaki Dibo_gel Dan Dibelasah Sehingga Mati Kerana Ro_gol Seorang Pelajar


INDIA: Padah kerana perbuatannya yang merogol seorang pelajar, seorang lelaki maut dipukul, diseret dan dimalukan oleh orang sehingga mati.

Lelaki yang dipercayai berada dalam tahanan polis itu telah diambil oleh orang ramai apabila mereka menyerbu penjara di Dimapur dengan membakar dan memecahkan pintu penjara tersebut lalu menangkap, membogel dan menyeretnya sejauh empat kilometer. 

Sambil diseret lelaki yang berumur 35 tahun tersebut dibelasah oleh orang sambil bersorak.
Dalam masa itu ada juga yang membaling batu dan keadaan lelaki itu tidak ubah seperti memukul seekor haiwan sehingga tidak bernyawa lagi.

Penduduk disitu menyimpan dendam selepas lelaki itu didakwa telah merogol berulang-ulang kali seorang pelajar di sebuah kolej bulan dengan kejam sebelum itu sebelum berjaya diberkas pihak polis.

Selain itu mereka turut membakar rumah dan kedai suspek yang menyebabkan bandar itu kini berada dalam keadaan tegang. 

Pihak polis yang cuba meleraikan keadaan ini menggunakan baton dan melepaskan tembakan menyebabkan beberapa orang cedera.


sumber : khairulnizamnorain.blogspot.my/