Tidak dapat di nafikan bertambahnya pengguna motorsikal di malaysia semakin hari semakin meningkat,sebab apa,sebab ia di anggap lebih Mudah dan cepat sampai ketujuan masing masing.
Perkara ini tidak terkecuali baik lelaki mahupun wanita baik pelajar mahupun yang pekerja,tidak hanya itu kemalangan yang melibatkan motorsikal lebih tinggi berbanding kemalangan kereta di jalan raya.
Bagi kaum hawa sebenarnya baik pembonceng ataupun yang di bonceng menaiki motorsikal sangatlah berbahaya,khususnya wanita melayu yang umum memakai baju kurung dan juga seluar yang panjang,sangat terdedah dalam kecelakaan seperti ini ,apatah lagi dalam keadaan hujan.kain yang basah lebuh akan sangat mudah terjerut ke celah rantai atau rim sesebuah motorsikal.
Kes kain terjerut dalam rantai motorsikal tidaklah terlalu kerap berlaku,biarpun jarang berlaku namun anda patut berhati hati karena apabila berlaku tanpa anda sedari dalam hitungan saat kain yang sangkut dalam rantai atau rim motorsikal anda tentu akan menarik anda dengan paksa oleh putaran tayar yang mengakibatkan anda terjatuh dan terseret.dalam keadaan ini kaki anda berkemungkinan besar akan terdedah pada satu bahaya yang sangat mengerikan.
Seperti mana yang berlaku baru baru ini dimana seorang wanita berdepan dengan keadaan yang sangat mengerikan apabila kainnya terjerut oleh rantai motorsikal yang mengakibatkan kakinya tersangkut di rim dan cidera.
Kejadian tidak diketahui dimana lokasi kejadian,namun perkara seperti ini patut dia ambil sebagai pengajaran. Sebelum Anda mulai manaiki kenderaan di jalan raya, sebaiknya berdoa memohon kepada Tuhan agar selalu diberi kelancaran dan dilindungi dari segala kejadian buruk di jalan raya.
sumber : eberita.org
No comments:
Post a Comment