Sunday, 6 December 2015

Peniaga telefon di Tesco Mergong dibelasah sebab tipu pelanggan.


Dilaporkan terdapat satu kes pergaduhan membabitkan peniaga cina yang menjual telefon bimbit tiruan kepada pelanggan melayu di Tesco Mergong Alor Star Kedah.

Ia bermula apabila pelanggan berkenaan yang tak berpuas hati dengan telefon bimbit yang dibelinya dari kedai tersebut, bertindak meminta wangnya dipulangkan.

Bagaimanapun, difahamkan peniaga terbabit enggan memulangkan wang yang diminta dan bertindak memaki hamun pelanggan tersebut.

Tindakan peniaga itu mengundang kekecohan apabila rakan-rakan pelanggan berkenaan bertindak membelasahnya menggunakan kerusi sehingga cedera.

Apakah akan berlaku lagi insiden seperti di Lowyat yang membabitkan pergaduhan besar? Diharap pihak berwajib segera memantau kejadian agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk.





sumber - Utaranews.com

No comments: