Saturday 12 December 2015

Najib Di Ancam Dengan 'Pistol' Kerana Curi Duit Rakyat.


Tadi terbaca pula kisah seorang lelaki yang mendakwa dirinya peniaga dan memuat naik satu status di laman sosial. Dalam cerita lelaki tersebut, lelaki terbabit menyelitkan sekeping gambar dua kanak-kanak yang mengacukan pistol mainan ke gambar Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak.

Kata lelaki berkenaan, dua budak tersebut adalah anaknya dan kedua-dua mereka bertindak demikian sebab benci pada Najib yang disifatkannya sebagai orang yang jahat serta suka mengkhianati rakyat.

Rupa-rupanya, kedua-dua anak kecil tersebut marah kerana lelaki berkenaan tak membelikan mainan yang mereka minta. Lelaki yang merupakan ahli PAS di Pengkalan Arang Terengganu itu memberikan alasan bahawa Najib telah mengambil semua duitnya hingga dia tak mampu untuk membelikan mainan yang diminta.

Inilah contoh seorang manusia yang bertopengkan agama tetapi sebenarnya sangat jahil didalam menjalani kehidupan didunia. Selain itu, lelaki ini merupakan contoh terbaik seorang bapa yang gagal melaksanakan amanah Tuhan iaitu anak-anak yang dipertanggung jawabkan terhadap dirinya.

Lelaki seperti ini menunjukkan kepada kita bahawa, sekiranya akal dan ilmu itu tidak difahamkan dengan betul, ia akan menjadikan seseorang manusia itu sangat dangkal dan sangat bebal. Malah tak keterlaluan jika dikatakan bebal serta bodoh itu mungkin akan diturunkan kepada anak-anaknya yang tak bersalah.

Lelaki yang bernama Ibrahim Harun ini menyalahkan Najib kerana tak mampu membelikan mainan untuk anaknya. Dan tak mustahil suatu hari nanti jika anaknya menjadi bodoh atau tak berguna, Tuhan juga dipersalahkan.

Dimanakah tanggungjawab menguruskan rezeki yang Tuhan janjikan dibahu ibubapa? Rezeki anak-anak bukannya Tuhan letakkan dibahu Perdana Menteri ataupun isterinya. Rezeki anak-anak itu Tuhan telah kurniakan kepada ibubapa ataupun penjaganya untuk diuruskan sehinggalah anak-anak tersebut mampu menguruskannya sendiri.

Jadi bila lelaki yang bernama Ibrahim Harun ini mengatakan bahawa duitnya habis diamil oleh Najib, dia sekaligus menunjukkan akalnya yang cetek sebagai seorang bapa. Jika semua ketidak mampuannya hendak disalahkan  kepada Najib, dimanakah relevannya Ibrahim sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya?

Setakat pandai bersedap-sedap membuat anak tiap-tiap malam khususnya malam Jumaat, itu tidak melayakkan lelaki seperti ini menjadi bapa yang bertanggung jawab.

Hairan juga.., kenapa masa bersedap dengan isterinya dulu dia tak pula meminta izin dari Najib ataupun Perdana Menteri? Kenapa kini bila tak mampu menyediakan nafkah dunia untuk anak-anak sendiri, Najib pula yang disalahkan?

Sangat memalukan kerana ada lelaki dayus sebegini didalam kelompok umat Islam. Mungkin Tok Guru Pondoknya di Kelantan terlupa untuk mengajar tentang maksud 'REDHA' dan bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan. Akhirnya.., anak-anak yang jadi mangsa.

sumber - Big B/Utaranews.com

No comments: