Tuesday, 8 December 2015

Kapal Terbang Siapa “Tersadai” Dekat KLIA ni? Tolong Ambil Balik!


Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd meminta agar pemilik kepada tiga kapal terbang yang 'tersadai' untuk menuntut semula kapal terbang yang didapati tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, pemilik kapal terbang itu gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan keatas mereka.

Syarikat itu menerusi satu siaran notis berkata sekiranya pemilik kapal terbang itu gagal mengambil kapal terbang itu dalam masa 14 hari, pihaknya berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat itu.

"Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1996.

"Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Ketiga-tiga kapal terbang tersebut adalah dari jenis Boeing 747-200F yang mana masing-masing bernombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH dan TF-ARM.

Ketiga-tiga kapal terbang itu diletakkan di ruang parkir KLIA di lot B61, B62 dan M3.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai Malaysia Airport Sepang, Zainol Mohd Isa di talian 03-87766100.


sumber - Siakapkeli.my

No comments: