Saturday 12 December 2015

"Sarang Sundal" di Johor diserbu Polis.


Aktiviti penyundalan yang dijalankan oleh tiga wanita termasuk warga asing menggunakan bilik di tingkat atas premis perniagaan di Buloh Kasap terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan polis baru-baru ni.

Difahamkan, serbuan ni dilakukan berdasarkan maklumat awam dan intipan polis berhubung dengan kegiatan mencurigakan di bahagian atas premis tu. Masa serbuan dilakukan, tiada pelanggan ditahan.

Tetapi ‘sarang penyundalan’ tu penuh dengan paket kondom dan gel pelincir. Pihak polis mempercayai aktiviti pelacuran berlaku di situ. Selain tu, pihak polis turut merampas enset milik wanita yang terbabit yang mempunyai rakaman ‘panas’ diorang bersama pelanggan.

Kononnya rakaman yang diambil tu akan ditunjuk kepada pelanggan untuk menunjukkan ‘perkhidmatan’ yang diorang berikan baik punya. Berdasarkan soal siasat, semua wanita tu baru aje beberapa hari menyewa kat situ.

Diorang menjalankan aktiviti tak bermoral ni melalui aplikasi laman sembang telefon pintar. Caj yang dikenakan kepada pelanggan berbeza mengikut perkhidmatan yang diinginkan. Antara caj yang dikenakan tu sebanyak RM50 hingga RM200 hinggit untukk sekali ‘sesi.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, pihak diorang yakin yang wanita ni semua menjalankan ‘perniagaan’ diorang secara bersendirian tanpa membabitkan orang tengah atau bapa ayam.

sumber - MissHana/Utaranews.com.

No comments: