Thursday 10 December 2015

MIDF: Tarif elektrik naik 2% bermula Januari

Kenaikan tariff elektrik disebabkan rebat ICPT yang dikurangkan kepada 1.52 sen/kWh dari Januari – berbanding kepada 2.25 sen/kWh, kini. Foto hiasan TRP

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kenaikan tariff elektrik sebanyak 2% bagi Semenanjung Malaysia kepada 37 sen/kWh bermula Januari 2016, menurut firma kajian MIDF Research dalam nota kajiannya, hari ini. 

Mengulas lebih lanjut, MIDF Research juga menyatakan bahawa tarif asas kekal pada 38.53 sen / kWj – menunjukkan potensi peningkatan kadar elektrik disebabkan kos penjanaan kuasa, daripada gas asli kepada arang batu, yang meningkat. 

Sehingga kini, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kekal pada harga diskaun kerana Mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) terhdaap kos penjanaan kuasa mengalami perubahan kepada pengguna. 

Kenaikan tariff elektrik disebabkan rebat ICPT yang dikurangkan kepada 1.52 sen/kWh dari Januari – berbanding kepada 2.25 sen/kWh, kini. 

Apabila rebat ICPT 1.52 sen/kWh dimansuhkan, tariff kuasa akan meningkat kepada kadar asas 38.53 sen/kWh, akui MIDF Research . 

TNB turut menunjukkan bahawa rebat itu akan dimansuhkan juga akhirnya, dengan mengembalikan subsidi selanjutnya yang diumumkan dengan kenaikan harga gas paip yang dinaikkan daripada RM1.50/mmbtu to RM18.20/mmbtu. 

MIDF Research berkata, ini adalah satu faktor yang besar untuk penjimatan ICPT lebih rendah daripada RM762 juta – kurang daripada RM1.1 bilion yang dicapai pada tahun ini dan dengan itu, rebat ICPT dikurangkan. 

Tetapi ketika harga pemberian gas dibangkitkan, MIDF Research berkata, ini sebahagian daripada penghapusan risiko peningkatan harga gas berpaip selain daripada operasi, kecekapan loji dan rundingan semula perjanjian pembelian tenaga generasi pertama dari pengeluar tenaga bebas. 

Kenanga Research, dalam nota berasingan berkata, subsidi harga gas paip akan meningkat RM1.50/MMBtu setiap enam bulan, manakala tariff asas 38.53 sen bagi setiap kWh dikekalkan sehingga akhir 2017. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, semalam berkata, rebat dan pengurangan tariff akan diberikan kepada semua kategori pengguna TNB di Semenanjung Malaysia dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah dan Labuan, kecuali pengguna domestik dengan penggunaan 300 kWj elektrik atau kurang setiap bulan. 

sumber : therakyatpost.com/

No comments: