
DUNGUN: Dua suspek kes pecah rumah cedera ditembak
ketika cuba menyerang anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Batu
Tiong di sini pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu tiga lelaki dipercayai cuba
memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk kampung itu namun berjaya
dikesan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata ketiga-tiga
suspek cuba menyerang anggotanya termasuk seorang yang bersenjatakan
kayu dan tembakan terkena kaki kanan salah seorang suspek, manakala
peluru yang sama turut terkena bahagian punggung kiri seorang lagi
suspek.
"Gerakan memburu salah seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dijalankan," katanya kepada media pemberita di sini.
Beliau berkata suspek kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala suspek
yang cedera ringan di punggung telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah
Dungun dan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas menerima rawatan.
-Bernama/mstar.com.my
No comments:
Post a Comment