
SEORANG lelaki Amerika Syarikat didakwa di mahkamah selepas bertindak
memaksa teman wanitanya untuk berjalan di New York dalam keadaan
bertuala malah tertuduh masih merasakan bahawa tindakannya itu tidak
bersalah.
Jason Melo, yang berusia 24 tahun, telah ditangkap selepas dia
merakamkan perjalanan teman wanitanya itu dan kemudian memuat naik
rakaman itu menerusi Internet.
Pendakwa raya mendakwa dia sebelum ini bergaduh bersama teman wanitanya yang berusia 22 tahun di hadapan jalan Harlem pada pagi Ahad sebelum merakamkan perkara tersebut,
Selepas perbicaraan mahkamah, wartawan New York Post
bertanya Jason sama ada beliau kesal memburukkan imej ibu kepada
anaknya. Beliau dilaporkan telah menjawab: “Dia tidak patut melakukan
apa yang dia lakukan”.
Melo dipercayai melakukan perbuatan itu sebagai hukuman selepas teman
wanitanya kantoi bermesej lucah bersama dengan tujuh lelaki lain.
Semasa teman wanitanya berjalan dengan memakai tuala, Melo bertindak
menarik tuala tersebut sehingga teman wanitanya terlanjang, dan Melo
memanggil teman wanitanya sebagai pelacur.
Dia juga menjerit dalam keadaan yang marah, supaya wanita itu
menceritakan kepada umum apa yang telah dilakukan sehingga dihukum
sebegini aib.
Melo berhadapan dengan tuduhan serangan, mengancam dan membahayakan
kebajikan kanak-kanak. Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya
pada 16 Mac akan datang. - mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment