Thursday 11 February 2016

Spiderman Jual Nasi Lemak Tarik Perhatian


KEUNIKAN menggayakan kostum adiwira Spiderman menjadikan perniagaan jualan nasi lemak yang diusahakan Zawawi Ghazali semakin mendapat perhatian penduduk di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Selain kelainan memakai kostum superhero Barat itu, pemuda berusia 29 tahun itu juga turut menjual nasi lemaknya dalam harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM2 sebekas penuh portionnya.

Memetik laporan Sinar Harian, sebelum ini Zawawi pernah berniaga, namun disebabkan sambutannya biasa sahaja, dia cuba mencari kelainan agar perniagaan sentiasa meraih perhatian penduduk sekitar.

“Nasi lemak yang saya jual ini dimasak oleh ibu saya, namun selepas timbulnya idea menjual nasi lemak dalam pakaian adiwira ini, ia ternyata mendapat sambutan luar biasa.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima sejak Jumaat lalu juga memang amat luar biasa. Saya gabungkan minat saya terhadap watak Spiderman dengan berniaga,” katanya.

Zawawi menyatakan dia membeli kostum itu di China dengan bermodalkan RM500. – mynewshub.cc/



No comments: