Wanita mana yang tidak mencemburui
kecantikan yang di miliki oleh gadis cantik bernama Noor Neelofa. Bukan
sahaja cantik, malah orangnya cukup rajin dan berdedikasi. Perniagaan
tudungnya sahaja mendapat keuntungan RM50 juta pada tahun lalu.
Gadis kelahiran Kelantan ini memang
cukup prihatin tentang soal kecantikan dan kesihatan. Pasti ramai yang
tertanya-tanya apa rahsia wanita ini kekal cantik walaupun sibuk dengan
perniagaan dan pengacaraan. Ada masa ke untuk diri sendiri?
1. Banyak minum air masak
Saya amalkannya sejak 2009 dan waktu itu
saya sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Bila tekak kita dah
biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, anda akan
rasa bahawa air kosong itu sangat refreshing.
2. Gunakan minyak argan untuk rambut sihat
Saya tidak mempunyai masa untuk ke salun. Saya menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.
3. Penjagaan kulit & pengambilan supplement sangat penting
Saya menggunakan banyak alat solek, jadi
saya memastikan setiap kali habis kerja, saya akan mencuci muka dengan
cleansing oil dan saya juga mengambil supplement.
4. Amalkan mandi ais untuk tulang & kulit
Saya amalkan rawatan mandi ais. Baldi
berisi air dan ais yang sejuk, kemudian saya akan mandi dari hujung kaki
sehingga ke kepala. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit
serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan
nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.
5. Bersenam tiga hingga empat kali seminggu
Selain bersenam di gim, saya suka
bermain badminton, berenang dan kick boxing. Saya akan melakukan semua
senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu. - tokeinfo.com/
No comments:
Post a Comment