
LANGKAWI: Kira-kira 200 penumpang yang kebanyakkannya pelancong dalam
negara terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL)
apabila syarikat penerbangan tambang murah Rayani Air dilaporkan telah
membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala Lumpur akibat masalah
teknikal hari ini.
Memetik laporan Bernama Radio24,ketika ini tidak dapat dipastikan lagi kenapa syarikat penerbangan itu membatalkan dua penerbangan berkenaan.
Dari pemerhatian kami di laman twitter, ketika ini kebanyakkan penumpang
kelihatan tidak berpuas hati walaupun ada mendakwa telah dipulangkan
semula duit tiket kerana menurut mereka pembatalan saat akhir berkenaan
menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket syarikat penerbangan lain yang
ternyata mahal berkali ganda jika dibeli sekarang.
Syarikat penerbangan patuh Syariah itu telah diperkenalkan pada tahun
lepas, dan melakukan penerbangan pertama dari klia2 ke Langkawi pada
pertengahan Disember. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment