Dubai: Syarikat Gabungan
Telekomunikasi Emiriah atau DU menjual nombor telefon bimbit istimewa -
052-1111111 dengan harga Dh2.55 juta (RM2.91 juta) di satu acara lelong
kelmarin.
Dalam satu kenyataannya, syarikat
berkenaan berkata, satu lagi nombor - 052-5000000 - pula dijual dengan harga
Dh1.01 juta (RM1.15 juta).
Satu sumber berkata, nombor
052-12222222 dibeli seorang penduduk dengan harga Dh435,000 (RM496,000).
Secara keseluruhan, jumlah lelongan
nombor telefon bimbit itu mencecah Dh7.114 juta (RM8.11 juta).
Naib Presiden Eksekutif DU, Ahmed Aburahima berkata, sebahagian hasil lelongan itu akan didermakan kepada Yayasan Al Jalila yang bertanggungjawab terhadap usaha meningkatkan sektor perubatan dan rawatan kesihatan di negara itu.

Lelongan berkenaan dianjurkan oleh
OnLine Auctions.
Pada April tahun lalu, syarikat
berkenaan melelong nombor 052-2222222 dengan harga Dh8.1 juta (RM9.19 juta). Ia
dibeli seorang ahli perniagaan Dubai. - Agensi
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment