
Rezeki itu milik Tuhan. Tidak kira dimana kita berada atau apa pekerjaan
kita, selagi ada usaha selagi itu pintu rezeki sentiasa terbuka.
Itu pengajaran yang boleh diperoleh dari kisah seorang bapa yang telah
diberhentikan perkhidmatannya dari sebuah syarikat penerbangan, namun ia
tidak menjadi penghalang untuknya mencari rezeki dengan cara lain buat
keluarganya.
Zullifan Che Din baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.
Difahamkan, sebelum ini dia adalah seorang kru penerbangan.
Kisah Zullifan diviralkan oleh anaknya, Mohd Zulhelmi di akaun
Facebooknya sebagai satu inisiatif untuk membantu bapanya mendapat lebih
ramai penumpang.
Empat hari bekerja sebagai pemandu teksi, kisah kecekalan Zullifan kini
telah tersebar secara meluas di laman sosial sekaligus menjadikan orang
ramai yang mengetahui kisah ini kagum.
Lebih mengujakan, Zulhelmi turut memberikan 'kupon' kepada orang yang
membaca kisah ini untuk mendapat potongan sekiranya menaiki teksi
dengan bapanya.
"Kalau guna promo code "ELMI HANDSOME", Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.", tulis Zulhelmi.
Status di akaun Facebook Zulhelmi telah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.
Perkongsian dari akaun Facebook Zulhelmi :
Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.
Kalau ada siapa-siapa yang duduk area Nilai/Sepang atau sewaktu
dengannya memerlukan teksi yang pemandu dia layan macam dalam flight
MAS, boleh booking siap-siap dekat booking agent Abah, 0122710040 (aku).
Kalau guna promo code "ELMI HANDSOME", Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.- siakapkeli.my/
No comments:
Post a Comment