Friday 12 February 2016

Kek hari jadi Neelofa bernilai RM6,000

KEK bertatah 5,000 kristal swarovski hadiah hari jadi Neelofa yang bernilai RM6,000.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara popular Neelofa meraikan ulang tahun ke-27 dengan sebiji kek bertatah 5,000 kristal swarovski berharga RM6,000.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor menyambut ulang tahun pada 10 Februari lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara bersama rakan-rakannya.

Harga kek butter berperisa salted karamel krim itu terdedah selepas Neelofa membuat hashtag kenyang tiga hari makan kek enam ribu pada salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Menurut pembuat kek berkenaan, Putri Samihah Mohsin, 29, daripada Butterflykek di Instagram, kek istimewa itu ditempah oleh rakan Neelofa yang mahukan hiasan kristal dan bunga.

Disebabkan terdapat 5,000 kristal yang perlu dilekatkan satu persatu, dia mengambil masa selama 20 jam untuk menyiapkan kek tersebut.

sumber : kosmo.com.my/

No comments: