
DONGYING - CHINA. Beberapa ekor monyet dilihat berlatih 'backflip' dan
menjawab soalan matematik kanak-kanak, malah mampu bermain dram dan
menari di sebuah sekolah.
Sekolah tersebut yang juga merupakan satu fasiliti di sebuah zoo di
Dongying melatih haiwan berkenaan untuk menjadi 'artis' untuk melakukan
persembahan kepada kanak-kanak.
"Sama seperti sekolah sebenar, cuma muridnya adalah monyet," kata
Takeshi Soma, seorang warganegara Jepun yang juga bertugas sebagai 'guru
besar' di sekolah tersebut.
Sambil berkata kepada wartawan Deccan Chronicle, Takeshi memerhatikan sekumpulan monyet yang memakai baju gaun dan menari.
Menurut Takeshi, monyet-monyet tersebut diberi pelajaran secara berkumpulan dan secara 'perseorangan'.
"Ini satu-satunya aktiviti pembelajaran yang unik di China. Tiada di tempat lain," kata Takeshi.
Katanya, tidak semua monyet menurut arahan, tetapi sifat 'degil' haiwan tersebut yang menjadikan ianya unik.
Tidak jauh di satu sudut, sekumpulan monyet pula berlagak seperti sekumpulan kumpulan muzik, bermain dram dan gitar.
Difahamkan, persembahan oleh monyet di China dianggap biasa, antaranya menangkap pisau yang dibaling dan menunggang basikal.
Beberapa zoo di China juga menggunakan monyet sebagai tarikan utama untuk pengunjung.
Amalan melatih monyet tersebut bagaimanapun mendapat kecaman para
aktivis haiwan yang menyifatkan pelatih zoo meletakkan haiwan tersebut
dalam bahaya.
Pada 2013, sebuah video yang menunjukkan sebuah persembahan yang gagal
apabila seekor beruang menerkam dan menggigit seekor monyet telah
menimbulkan kemarahan orang ramai.
Walau bagaimanapun, disebabkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh
kanak-kanak, aktiviti eksploitasi terhadap haiwan masih berjalan
seperti biasan, malah tidak mendapat tentangan dari kerajaan.
"Saya suka lihat mereka menari. Mereka (monyet) macam manusia!," kata Ai jiuqiu yang berusia empat tahun.
Ibu bapa juga sanggup membayar tiket yang berharga 30 yuan (RM15)
semata-mata mahu menghiburkan anak mereka dan melihat sendiri
persembahan monyet di zoo.- sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment