Tuesday, 5 January 2016

Banyak JIN dan SYAITAN yang ganggu Rayani Air rupanya..


Sehari dua ni kecoh betul pasal Rayani Air, syarikat penerbangan bongsu yang mula beroperasi didalam negara. Bukan kecoh sebab Rayani Air tu ada pramugari seksi serta kiut miut macam Air Asia.. Bukan juga kecoh sebab Rayani Air ada hidang beer, wiski, vodka atau apa juga minuman kebanggaan setan.

Tapi Rayani dikecohkan sangat sebab cuba nak jadi satu-satunya syarikat penerbangan yang bawa imej Islamik. Pramugarinya berpakaian sopan serta memakai tudung.., serta segalanya didalam penerbangan tu akan cuba sedaya upaya mengikut syarak.

Itulah yang jadi masalah besar pada kebanyakan 'juri tetap' di kalangan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 30 juta ni.. Dalam banyak-banyak isu.., imej Islamik yang cuba dibawa oleh Rayani Air jugak yang dikecohkan.

Baguslah kan kalau diwujudkan syarikat penerbangan yang cuba mengikut garis syarak Islam di rantau Asia ni. Tak perlu nak seksi-seksi dan hidang minuman kencing setan dalam penerbangan. Lagipun yang guna perkhidmatan tu hanya nak sampai ke tempat yang dituju dengan selamat kann? Bukannya nak cari hiburan dalam penerbangan..

Agaknya lah kann..., mungkin mereka yang kecoh sangat pasal Rayani Air tu dah pedih mata bila tak dapat tengok 'belahan dada' pramugari melayu/Islam dalam peswat. Dan mungkin juga mereka kempunan bila tak mampu nak melayan 'punggung bulat' wanita-wanita beruniform berulang alik ketika dalam penerbangan.

Kalau tujuan semata-mata nak berhibur dan tengok perempuan seksi yang terjojol segala lurah dendam, lagi elok rasanya pergi ke clubbing dan disko yang bersepah dalam negara. Haaa.., tengok la puas-puas segala maksiat yang ada di dunia ni..

Memang tak syak lagi bahawa ramai 'Jin-Jin' serta 'Hantu Setan' ada didalam bisnes penerbangan di Malaysia. Patutlah pihak Rayani Air berura-ura nak jadikan Mursyidul AM PAS sebagai penasihat Islamik mereka. Nak halau hantu setan serta jin-jin tersebut gamaknya ye..

Dengan adanya Mursyidul AM PAS yang dikhabarkan sangat arif didalam bidang menghalau segala jenis 'jin dan syaitan' itu nanti, bolehlah Rayani Air dibersihkan dari segala perbuatan mungkar dan khilaf hasil perbuatan makhluk yang 'jahat' tersebut..

Sekali renjis 'air jampi'.., habis berselerak lari segala 'makhluk jahat' serta gerombolan 'jin setan' yang dok ganggu Rayani Air.. Itu belum kena libas dengan kain serban lagi tauu. Hahahaha... - Big B/Utaranews.com

No comments: