Sunday 3 January 2016

Pemaju Jangka Harga Hartanah Meningkat Naik!


Nilai hartanah Malaysia terus meningkat naik. Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka. Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.

Apabila sebut sahaja topik realiti harga rumah semasa di Malaysia hari ini, ramai yang akan garu dan geleng kepala. Terutamanya harga rumah semasa di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Tapi….tapi ada juga yang senyum sampai ke telinga melihat situasi sekarang ini.

Adakala ramai yang beranggapan harga rumah yang ditawarkan ketika ini amat menakutkan dan tak masuk akal. Persoalannya, mampukah rakyat biasa bersedia membelinya pada harga yang luar biasa?

Menurut Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda), kira-kira separuh daripada pemaju yang ditinjau bercadang menaikkan harga sebanyak 15 peratus pada pelancaran projek mereka tahun ini.

Selain itu, 65 peratus daripada 147 responden menjangka harga umum pasaran akan meningkat 20 peratus pada separuh kedua tahun 2011.Ketika membentangkan hasil kaji selidik persatuan itu di Petaling Jaya hari ini, ketua Redha Kuala Lumpur NK Tong (kanan) berkata, sebahagian besar kenaikan harga didorong oleh kenaikan secara besar-besaran dalam kos pembinaan.

Antaranya ialah kenaikan harga kos tetulang keluli yang telah meningkat sebanyak 13 peratus kepada RM2, 589 setan berbanding harga pada 2010. Harga simen pula naik sehingga 4 peratus daripada RM15.64 setiap beg pada 2010. Batu-bata juga meningkat 27 peratus kepada 42 sen berbanding 2010.

Kenaikan kos barang telah membuatkan pemaju bakal menaikkan harga rumah selepas ini.Nak tak nak, kita masih memerlukan sebuah rumah untuk berteduh.Bagi yang dah mempunyai rumah, mungkin sudah selesa, namun bagi yang baru bercadang-cadang untuk memiliki rumah pertama,bakal garu kepala lepas ini.

Apa pendapat anda tentang nilai hartanah Malaysia ketika ini?

P.S. Jangan pula ada komen-komen “Ini semua AMNO punya pasal”……

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: