Saturday 9 January 2016

Traghedi subuh hari


Kuala Selangor: Dua penumpang maut, lapan parah, 22 cedera manakala 16 terselamat selepas bas membawa warga asing terbabas dan terbalik di Batu 26, Kampung Assam Jawa, dekat sini, kira-kira 5 pagi ini.

Bas yang dalam perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Jeti Bagan Datoh, Perak, membawa 48 penumpang - 32 lelaki dan 16 wanita, termasuk pemandu.

Difahamkan, semua penumpang adalah warga Indonesia dan mereka dikatakan menyewa bas itu untuk ke jeti terbabit kerana hendak pulang ke kampung halaman mereka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.05 pagi.

Katanya, seorang pegawai dan 18 anggota bomba kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.
Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tanjung Karang dan Hospital Sungai Buloh.

"Dua mangsa yang maut adalah masing-masing lelaki dan perempuan. Kedua-duanya tersepit bawah bas.
"Bomba mengambil kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Menurutnya, 11 ambulans terbabit dalam operasi itu untuk menghantar mangsa yang tercedera ke hospital manakala operasi tamat pada 7.10 pagi.

sumber : hmetro.com.my/


No comments: