ROBOT seks merupakan satu hasil ciptaan teknologi yang bertindak
sebagai tempat pemuas nafsu bagi mereka yang masih ‘kesunyian’ dan ingin
melakukan hubungan seks.
Alat pemuas nafsu sebegini telah lama berada di pasaran dan
ianya mendapat permintaan yang mengalakkan. Mungkin disebabkan
permintaan yang tinggi ini, pelbagai versi robot seks kini boleh
didapati di pasaran dan ianya diramalkan akan menjadi hits pada tahun ini.
Terkini, terdapat pelbagai versi robot seks yang dicipta dengan
teknologi yang membolehkan ‘mereka’ memberi respon ketika berbual.
Pembaharuan ini adalah untuk menaik taraf robot sedia ada daripada
menjadi tempat pemuas nafsu semata-mata.
Menurut seorang pakar psikologi sex dan perhubungan, Dr. Helen Driscoll berkata, penghasilan robot sebegini akan menjadi satu trend yang biasa di masa depan dan mungkin manusia akan lebih cenderung memilih untuk melakukan seks dengan robot berbanding manusia.
Selain itu, CEO Love Doll, Matt McMullen di California, Amerika
Syarikat, berkata, syarikatnya kini sedang membangunkan teknologi
terbaharu pada robot seks keluarannya. Syarikatnya kini memfokuskan
kepada penciptaan robot yang boleh membuka mulut dan bercakap seperti
manusia biasa.
Tambahnya lagi, teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya juga
akan memastikan setiap robotnya akan memberi tindak balas yang baik
sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka.
Nampaknya trend ini benar-benar menjadi satu kegilaan masyarakat
dunia pada masa kini. Harapnya kita yang berada di Malaysia tidak
terjebak dalam aktiviti gila sebegini. – mynewshub.cc/
Sumber: Daily Mirror
No comments:
Post a Comment