Tuesday, 5 January 2016

Jutawan Ini Membayar Hutang Kesemua 350 Orang Pekerjanya, Siapakah Jutawan Ini?


Jutawan Ini Membayar Hutang Kesemua 350 Orang Pekerjanya, Siapakah Jutawan Ini? Dia ialah Encik Farkhad Temurovich Akhmedov. Seorang Muslim Russia berketurunan Azerbaijan yang memiliki syarikat carigali minyak dan gas Northgas yang di usahasama dengan syarikat terbesar Russia, Gazprom.

Sumber kewangan mereka banyak di sedut dari telaga minyak berpusat di Siberia. Nilai kekayaan Akhmedov ini sekitar USD1.5 Bilion.

10 hari lepas, ibunya telah meninggal dunia. Beliau bergegas kembali ke Azerbaijan untuk menguruskan pengebumian ibunya. Sebelum itu di khabarkan bahawa ibunya meninggalkan wasiat kepadanya. Wasiat menyatakan bahawa ibunya sangat sayangkannya dan meminta beliau bersedekah lebih banyak kepada fakir miskin di kampung halamannya.

Keluarga Akhmedov ini memiliki syarikat pembuatan jus buah delima, Aznar Company yang terkenal dengan khasiat terbaiknya di bandar Gochay, Azerbaijan. Ianya di asaskan oleh bapanya sejak tahun 1960an dahulu, Teymur Akhmedov.

Tahukah apa yang di lakukan oleh jutawan ini yang menjadi sensasi kelmarin?…

Semasa pengebumian ibunya, di dapati hampir kesemua pekerjanya di syarikat jus tersebut menghadiri majlis pengebumian ibunya. Terasa terharu apa yang beliau lakukan?

Beliau menghubungi semua bank yang ada di bandar itu bertanyakan berapa banyak hutang piutang kesemua para pekerjanya yang berjumlah 350 orang itu. Dengan selamba beliau membayarkan semua hutang piutang pekerjanya kepada semua bank yang ada di sana! Secara relatifnya, para pekerjanya yang berjumlah 350 orang itu adalah bebas hutang sekarang ini.

Kagum bukan?…

Adakah jutawan muslim lain yang mampu bersifat luar biasa seperti keluarga Akhmedov ini? Alangkah bertuah dapat bos yang hebat bersedakah sebegini.

sumber : http://tokeinfo.com/

No comments: