Di Banda Aceh, tiga tertuduh yang didapati bersalah berkhalwat dan
berjudi dihukum sebat di depan khalayak ramai di pekarangan masjid di
Banda Acheh baru-baru ini..
Hah.. Ini kalau kena dekat siapa-siapa yang suka sangat nak buat maksiat
dan berjudi.. Insaf terus tak nak buat lagi lepas ini.. Berbirat-birat
kena ‘balun’ dengan rotan tebal itu.. Lagi-lagi depan orang ramai pula..
Hukuman ini dijalakan selepas pasangan kekasih didapati bersalah
berkhalwat.. Selain dari pasangan kekasih kena sebat, ada empat lelaki
pula dihukum sebat kerana berjudi..
Hukuman sebat itu dijalankan di pekarangan Masjid Baiturrahim.. Dek
kerana itu ratusan penduduk berkumpul untuk menyaksikan hukuman yang
memberi pengajaran kepada korang di luar sana itu!
Kalau korang nak tau setiap pesalah itu kena sebat sebanyak lima kali,
mau berbirat-birat badan. Sakit itu tak terkata lah kan.. Lihat muka
perempuan di atas itu, berkerut-kerut muka menahan sakit.. Menangis air
mata darah pun, itu saja ‘ubat’ untuk ‘sembuh’ dari melakukan kesalahan
lagi!
Lebih baik diberi pengajaran macam ini daripada berterusan melakukan
dosa.. Takut tak terpikul nak tanggung dosa nanti! Hukuman dijalankan
depan orang ramai pun bukan nak mengaibkan siap-siapa, cuma untuk
memberi pengajaran supaya memberi peringatan kepada korang untuk
menjauhi dari melakukan kesalahan macam ini ye..
“Anggaplah hukuman ini satu pengajaran kepada kita semua. Kesalahan yang
dilakukan pesalah ini tak boleh dijadikan contoh dan perlu dijauhi.
Saya berharap pelaksanaan hukuman sebat di daerah Meuraxa ini adalah
yang terakhir,” kata timbalan datuk bandar Banda Aceh, Zainal Arifin.
Difahamkan, Aceh satu-satunya wilayah menguatkuasakan undang-undang Islam pada 2003 selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta. - MissHana/Utaranews.com.
No comments:
Post a Comment