Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon wanita
berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja
seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang
Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam
kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama 'Ku Tinggal
Cinta di Okinawa' itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik
berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di
biliknya.
Yahaya berkata pihaknya turut menahan seorang remaja perempuan
berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu
setelah menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi
ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah
pisau di bahagian atas almari baju.
"Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu beg kertas mengandungi dua
paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat
berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju," katanya dalam
kenyataan di sini Jumaat.
Katanya, selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki
ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah
berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment